oleh: salieysa Paung Pulut

Rimg0229

Masakan Terengganu, makan petang - petang sambil nengok tv.


Created on : 13-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • Bahan Untuk Inti Sambal Ikan
  • 3 ekor ikan selar/kembung/selayang rebus ngan asam keping dan garam pahtu perisikan (ambil isi ikan dan tumbuk)
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, satu inci halia ,satu inci lengkuas ,satu batang serai (semua tumbuk atau mesin halus)
  • sedikit halba
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan untuk Doh/Kulit
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • garam sikit
  • 1/2 cawan kelapa parut

Cara-cara

  1. Buat Inti Sambal Ikan Dulu
  2. Rimg0226
    masukkan semua bahan kat dalam kuali, masak sampai kering. biarkan sejuk, sambil tu boleh buat kulit dia.
  3. Untuk buat doh/kulit
  4. campurkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam, masukkan air sikit - sikit.
  5. Rimg0227
    ambik sikit adunan, bulatkan pah tu leperkan, masukkan inti sambal ikan tadi, dah tu tutup balik. ni terpulang nak buat besar mana pun, saya buat kecik - kecik je, senang nak makan.
  6. goreng dalam minyak yang banyak, biar terendam. Bila dah kuning tu boleh angkat dan toskan minyak. makan sambil nengok bella petang - petang.....
  7. inti sambal ikan ni boleh simpan kat peti ais, nak buat inti karipap pun boleh, tahan lama janji masak tu sampai kering.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (14)

14-04-2008, S_Norul komen :

Salam Salie.. Nak tanya, adunan untuk kulit paung ni akan meletup-letup tak waktu kte m'goreng??


14-04-2008, hazila komen :

Dah lama cari resepi ni. Pernah makan dan rasa sedap tapi tak tau nama. Nanti nak cuba....


14-04-2008, susuka komen :

Sy nak cari resepi sambal kelapa yg mkn ngan nasi impit.sambal tu color hitam.dulu slalu beli kt pasar Dungun. sedap tu...sebungkus 50sen


14-04-2008, salieysa komen :

meletup jugak, tak tau la camana nak elak kulit tu meletup, kadang tu elok je tak meletup.


14-04-2008, salieysa komen :

untuk susuka, sambal ni pun sedap gak makan ngan nasi impit. tapi lagi power makan ngan sambal itam tu kan ? nantila, tgh pantah nanti boleh belajar ngan mak.


14-04-2008, S_Norul komen :

itu laa salie.. dulu kte pernah try buat paung. abih kecoh kat dapur, meletup2 die. siap ada yg t'campak kluar dr kuali. sudahnye.. kte dah fobia dah nak buat paung. hehehe...


14-04-2008, salieysa komen :

S_norul, nak citer sikit, ari tu lepas buat paung tu terus goreng, dia takdela rancak sangat meletupnya, ala- ala manje je. mlm tadi buat la paungnya, pah tu letak dlm peti ais, bgn td pagi gorengla, dia punya meletup punyalah rancak..abih satu dapur. rasanya goreng lama sangat kot, pasal tu dia meletup. dah cantik kuning tu boleh terus angkat agaknya...


14-04-2008, susuka komen :

salieysa,sambal u ni bukan setakat wat paung je tp leh wat inti pulut lepa (pulut panggang),karipap dll. lepas ni kuar la resepi2 klasik org Trg. meriahkn MR ni....caya la


14-04-2008, salieysa komen :

dah namanya org trg, tak boleh lari dari ikan ni. padahal skrang ni saya dok kelantan je, ikut suami, tapi byk kuih2 yg kita biasa mkn kat trg takde kat sini, sudahnya buat sendiri la.nasibla suami pun jenis 'pemakan' jugak. bila buat paung pulut ni, dia kat boleh buat jual ni, pasal kat kelantan takde kuih ni. nantila, tunggu yg kat dlm perut ni kluar dulu..hihihihi


14-04-2008, susuka komen :

Wah...ank u nnt mesti suka masak pasal mak dia w/pn brbadan 2 rajiiiiiin masuk dapur. Anw,tahniah unt org baru yg akan kuar nnt. Sy dah lama x mkn kuih2 tradisi org Trg. sekali pn balik Kg tp x sempat nk sumbat sume mknan tu coz perut sy saiz 's'


15-04-2008, salieysa komen :

kepada yang nak mencuba resepi ni, cubalah, saya dah edit bahan untuk kulit tu, tambah kelapa parut sikit, insyaallah tak meletup, petua tu tanya mak kat kg semlm. saper yg dah cuba tu antarla report kat sini ye...


13-08-2008, Nenie komen :

mencelah jap...susuka,mung rajin ke nak buat sambal ikan tu...kalu balik kg aku je hok kena kuca sambal tu sampai kering....he he he he.....


13-08-2008, Nenie komen :

Emmmm...pernah buat sekali dulu tapi paungnya keras/liat bila dah sejuk...rupanya kena campur tepung gandum juga....kuih ni memang peberet tapi tang buat sambal ikan tu..lomah lutut sikit...


20-09-2008, bayaz komen :

ni nk mncelah. tips utk tak meletup. Masa goreng tu api sederhana je, jgn bsr sgt. klu api bsr sgt nnti kuih tu akan kembang & meletup.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu