Google+

oleh: oKa sHiZuKa Paprik Ayam

Dsc00882

Resepi ni my SIL yg ajar. Rasa & aromanya sama macam makan kat kedai Tomyam..Selamat mencuba!


Created on : 12-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi oKa sHiZuKa




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 150 gram isi ayam (direbus)
  • 1.5 inci halia (diracik halus)
  • 3 ulas bawang merah (diracik halus2)
  • 1 batang serai (di ketuk)
  • 4 sudu cili boh
  • 5 helai daun limau purut (disiat2)
  • 6-7 biji cili padi (diketuk)
  • Kubis bunga
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Kicap Cap Kipas Udang
  • Sos tiram
  • Garam & Ajinomoto

Cara-cara

  1. Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
  2. Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
  3. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
  4. Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.

Tag

thai food








Laporan Masakan Bergambar (10)

Paprik
25-12-2008
untuk lunch hari ni.. sedap.. terima kasih...
Laporan oleh: sunkist

my pleasure..

Img1432a
26-12-2008
utk lunch ari ni...masak pedas2, cili api 10 bijik,..sedaapp!...tq
Laporan oleh: dayang_jack

10 biji??? xpe asal u all tahan pedas udeh ler..

1101080800-00
31-01-2009
sudah cuba, mmg sedap resepi ni, tq so much kat tuan punya resepi. Husband suka sgt, makan sampai 3 pinggan.
Laporan oleh: shaznie11

credit to my sister in law..dia yg ajar i..i wat & upload dlm My Resepi..

Photo0365
06-05-2009
buat nih last week...senang nk buat n sedap...tima kacih coz kongsi resepi nih...
Laporan oleh: zai_fadilah
P1000569
12-05-2010
Hai....thanks 4 coz sudi share resepi...sedap, cuma saya ganti dgn cili giling...yg dalam pinggan dah habis, ni balance kat kuali...
Laporan oleh: syina75

hehehe...terima kasih kerana mencuba..=)

Damansara-20110628-00440
28-06-2011
Hasilnya memang terbaik & tak mengecewakan. TQVM krn berkongsi resipi. p.s: penggunaan gula dpt menggantikan ajinomoto
Laporan oleh: hajjahN
Damansara-20110628-00440
28-06-2011
Hasilnya memang terbaik & tak mengecewakan. TQVM krn berkongsi resipi. p.s: penggunaan gula dpt menggantikan ajinomoto
Laporan oleh: hajjahN
20120206_140908
06-02-2012
dh siap mkn bru amik gmbr,.pe pn mmg sdap..biasa sya bt paprik cra sya,,tp cra nie lg best,..thkxs deer :-)
Laporan oleh: sulaili

sama2.. :)

431686_343519862349204_100000735797890_1153332_1357646073_n
06-02-2012
kak... first time zaira buat ni... thanks sangat-sangat. menjadi. warna pun buat orang terliur. bakal mak mertua pun puji kat facebook. hehe. thank you kak. cuma zaira xletak daun limau purut. belajar kat india ni, takde limau purut kat sini... tapi sedap je makan. yum!
Laporan oleh: zairafadzil

Hahaa... sebenarnya daun limau purut tu hanya syarat nak buat masakan lagi wangi... :)

Dsc05253
17-08-2013
menu lunch..sedap! tq share :)
Laporan oleh: k.zila66

Sama2.. selamat menjamu selera.. :)


Komen (20)

12-04-2008, Sweetanis komen :

cara2 nak klik kat mana? napa tak habiskan?


12-04-2008, Sweetanis komen :

ok!! dah dpt dah !


12-04-2008, Sweetanis komen :

Memang sedap.... anak2 suka, my hubby sampai x p kenduri nak rasa resipi baru ni ! tq


07-05-2008, seli sarhai komen :

meme sedap sungguh


07-05-2008, seli sarhai komen :

meme sedap sungguh


14-11-2008, mama2244 komen :

hi, mmg sedap...aroma yg sgt memikat, really cam kat kedai tomyam. Suami dan ank2 suka sgt dan mintak buat lagi. Tq so mush for the resepi.


22-05-2009, zila66 komen :

smlm lunch,mmg besttt...dh selalu wat x tahu yg kebrapa..tq byk2...


07-10-2010, izzaliana komen :

tengah hari td saya dh try buat paprik ni...mmg sodappppp.......smpi licin saya dan husband kejekan...hihihi...cume saya tkrkan ayam dgn daging sbb ayam tkde....anyway thanks sbb kongsi resepi ni yek.....


14-12-2010, carnalrill komen :

nok trytest la mlm ni ...cam best je hehehe...


12-02-2011, ZaRiNa NaZiM komen :

nk try wt lh..msti sdp...


11-03-2011, niey15 komen :

sya nk tr la mlm ni mcm sedap je


12-04-2011, Norhafiyani komen :

Hari baru saya Cuba resipi nie harap2 suami saya suka..tq myresipi


26-05-2011, shahnor misri komen :

pesanan penting..cuba elakkan masak menggunakan ajinamoto..pls2...


16-06-2011, syaron redayu komen :

sedap.. esok nak cuba hehehh


12-07-2011, Deeba komen :

Memang sedap sangat. suami sangat suka..thanks Oka.


05-08-2011, hajar83 komen :

semalan dah test buat utuk buka...perhhh memang sedap.. cadangan saya kalau ayam tue digoreng dulu lagi tambah ummphhhh.. tapi kalau rebus dapat la stok ayam yg original....bertambah kaww..kaww..


20-08-2011, nrr komen :

antara juadah berbuka puasa hari ni..tq2.. ^^


25-08-2011, marmaz komen :

semalam berbuka cuba resepi nie, memang sedap , tq kongsi resepi


28-10-2011, zeela komen :

Saya dah cuba paprik ayam nie.Enak banget lo....sape2 yg nak cuba,bolehlah buat.memang sodappppp.tq kongsi resepi.


01-11-2013, Miss Shasha komen :

Semalam cuba buat, tapi guna ayam goreng, tapi jadi kering sangat-sangat..kenapa ye..minta tlg komen


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu