oleh: holiksais Dadih

12042008368

ni trial yang ke 15 ni.. gabungan 3 resepi orang.. menjadi akhirnya


Created on : 12-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi holiksais




Share


Bahan-bahan ( boleh hasilkan 2.3L dadih )

  • Bahan A
  • 1800ml air
  • 10g agar-agar strip
  • Bahan B
  • 200g susu every day
  • 100g coffee mate
  • gula
  • 1 asam keping
  • 500ml air panas (untuk bancuh bahan B)
  • Bahan C (perisa dan pewarna)
  • saya guna star brand untuk perisa vanila, strawberry dan mangga
  • saya guna pewarna star brand untuk warna pink dan hijau epal

Cara-cara

  1. Didihkan bahan A sampai semua agar2 larut.. jangan ditinggalkan tanpa di kacau, nnti agar2 tu mendap dan keras di bahagian bawah
  2. Apabila semua agar2 dah larut, bancuh bahan B pada bekas yang berlainan.. pastikan semuanya larut. jika tidak larut, boleh amik air rebusan bahan A tadi
  3. Selepas bahan A dan B sudah siap, tutup api.
  4. Masukkan bahan B tadi ke dalam A (DGN API TERTUTUP) dan kacau perlahan-lahan.. rasa dulu sedap ke tak.. elok jika dimaniskan sedikit.. jage2 nanti aras gula dalam darah tinggi.. hehe
  5. Bahagikan kepada 3 bekas besar
  6. Pastu masukkan perisa mengikut kegemaran...
  7. Masukkan ke dalam bekas. tunggu sehingga suam-suam panas then masukkan ke dalam peti sejuk
  8. Bila dah jadi, bagi jiran-jiran anda rasa.. hehe


Laporan Masakan Bergambar (2)

P1230275
24-01-2009
lupe nak taruk asam keping.hehe.xde coffemate ganti dgn susu ank brand bebelac xnak mbazir coz dah beli tp ank xley minum..apepeun,ttp jd,hubby ckp best n da bg kat jiran jugak..tq..perisa vanila colour ijau..best!
Laporan oleh: ara_dosh07
Dsc03011
05-04-2009
wat perisa jagung n vanila!!mmg sedap..nyummy~(^,^)
Laporan oleh: hamizah91

Komen (16)

12-04-2008, Batu Giling komen :

cara-cara nak buat nya tak nampak la


12-04-2008, holiksais komen :

tak nampak mcm mane tu? perkataan dia tak keluar ke or arahan dia sukar difahami? part mane yg tak faham tu?


13-04-2008, Batu Giling komen :

baru nampak... terima kasih. Asam keping tu nak kena sampai larut ke. Boleh ke?


13-04-2008, Jue Hussin komen :

Nak tanya sket, asam keping tu resepi dadih mana lak? Tak nakpak lak ada tulis asam keping. Lg pun, setau saya, asam keping takkan larut sbb dia sekeping2, lain la asam gelugur.


13-04-2008, aa_iezah komen :

holiksais,asam keping 2 msti kna buh ke? klu x buh x leh ke?


13-04-2008, aa_iezah komen :

Jue, rasanyer asam keping ngan asam gelugur ni sama jer kot..yg larut 2 asam jawa yg wat air asam 2 :)


13-04-2008, holiksais komen :

hehehe to Batu Giling: tak yah sampai larut.. just bancuh je bahan B macam saya kate.. then tapis bile nak tuang ke bekas.. act asam keping nak bg permukaan dia berkilat je.. (menurut sumber yg saya modified) to Jue Hussin: saya dapat kat internet. saya dah cuba buat tanpa asam keping, permukaannya tak berkilat dan rasa dia kureng sket..(tapi selera masing2) saya tak guna asam lain.. to aa_iezah: try la tak bubuh.. kalo kene dengan selera anda.. just proceed hehehehehe


13-04-2008, aa_iezah komen :

O..itu macam ker..tujuan buh asam keping 2 untk bg berkilat erk..klu cam 2 bleh wat 2 versi la ni..tQ holiksais ;)


14-04-2008, fatinz komen :

jue..asam kpg & asam gelugur tu, kn ke benda yg sama?? i x pernah guna asam kpg.. sbb kita dah guna agar2..........setahu i asam kpg fungsinya utk mmbekukn dadih tu.. mak mentua i guna susu lembu yg ori, dan dia guna asam kpg...


14-04-2008, holiksais komen :

ngeh ngeh ngeh... ingat kalo dah jadi, jgn lupa bg jiran2 tau.. dapat pahala..


14-04-2008, holiksais komen :

owh.. ye ke? means that kalo dah guna asam keping tak yah guna la ek agar2.. tak pe, nnti saya cuba.. kalo jadi nnti saya bgtau.. hehehe new experiment just begin..


24-01-2009, ara_dosh07 komen :

kesilapan teknikal....keluar 2x benda yg sama...sorry holiksais...


17-03-2009, khirulbariah komen :

dah lame i cari resipi ni tq holiksais


23-05-2009, yad komen :

cmner nk bajet..misal kata nk wat 30 bekas..??coz ad wat jualn utk umah kebajikan..


09-01-2011, ummuljannati komen :

Hehehe... Yad.. Satu bekas dadih yg biasa tu... 6 oz = 180 ml. Amik 2.3 L = 2300 ml bahagi dgn 180 ml = 12 bekas bih kurang. So kn buat dlm 2 atau 3 kali la....


14-03-2011, aleeya67 komen :

saya cuba buat, tapi mcm ada bahan mendak di bawah.. rasa okey.. cmne nk hilangkan bahan mendak tu...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu