Google+

oleh: milacob Kek belacan

No picture

Resepi Kek Sarawak


Created on : 10-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi milacob




Bahan-bahan ( Boleh Dapat 2 loyang )

  • 250 gm mentega
  • 10 biji telur size A
  • 4 sudu nasi tepung gandum
  • 1 sudu teh vanila
  • 1 gelas horlick
  • 1 tin susu junjung
  • 1 botol browing sugar
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • 1 gelas gula halus

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus tadi hingga kembang.
  2. Setelah mentega tadi kembang, masukkkan telur 1 per 1 hingga sambil dikacau hingga kembang.
  3. Masukkan 1 botol browing sugar, di kacau lagi.
  4. Masukkan horlick, susu, serbuk koko dan esen vanila tadi dan dikacau hingga sebati.
  5. Bahan yang terakhir adalah tepung gandum tersebut dan di kacau hingga sebati.
  6. Masukkan adunan tadi kedalam loyang yang telah disapukan mentega.
  7. Kukuskan adunan tadi sehingga masak.

Tag

kek kukus

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (23)

10-04-2008, maryam81 komen :

mila.. mmg org sarawak ke?


10-04-2008, maryam81 komen :

mila.. ada resepi kek hati pari tak?


10-04-2008, putra_yanty komen :

terkejut tengok nama kek belacan ni. ingatkan ada belacan. Tak pernah tahu ada nama cam ni.. nanti nak cuba la.. :-)


10-04-2008, daunpandan komen :

Maryam..cuba gi jln2 umah Jo (Mekar Mewangi) sy ada nampak resepi kek tu..


11-04-2008, maryam81 komen :

daunpandan umah dia kat area mana? Saya kat PJ Selangor


11-04-2008, Itarossi komen :

browing sugar = brown sugar ke?


11-04-2008, daunpandan komen :

Alamak ..ni dah kes salah faham ni, sorry ya..maksud saya blog dia.Sorry 1 lori.


11-04-2008, Puff Pastries komen :

suspent jek. Nama kek belacan. Ingatkat ada belacan dlm kek. Sebab tak dek gambar. Agaknya pasal rupa dia cam belacan kot..


11-04-2008, chelin komen :

Itarossi, - browing sugar ngan brown sugar tak sama...sy nk explain pn tak reti...browing sugar nih dia dlm btk cecair...cuba gi kat kedai bakery dan tanya mesti ada...


11-04-2008, chelin komen :

kek nih di panggil kek belacan sebab rupa dia mmg buruk *hehhe* sebiji macam belacan mampat je gitu...tapi rasa dia YUMM~ sedapppppppppp....nih mesti cuba!! masa mula2 masak kek nih cantik jer kembang tapi bila dah sejuk dia akan jadi mampat macam belacan so jangan terkejut...


12-04-2008, chelin komen :

kek nih sedap....kek nih di panggil kek belacan sebab rupa dia macam belacan. tp jangan tertipu dengan rupa dia...raya dia sedappppppppppp~ mula2 mmg dia kembang cantik tp bila sejuk dia jd mampat macam belacan...


12-04-2008, chelin komen :

alamak double posting plak soweee~


18-04-2008, maryam81 komen :

Daun pandan thanx.. dah dapat resepi tu.. tp knp hambarnya tak hitam pekat ye? kalau cam org Swk sendiri buat.. mmg hitam pekat.. Tp tak pe nanti kite cuba buat.. dulu arwah mak kite buat kek tu sampai 8 jam.. boleh tahan lama sampai dekat 2 bulan..


23-04-2008, cobmila komen :

sorry salah typing sebenarnya browning sugar yang boleh didapati di kedai-kedai bahan kek..... harganya dlm angaran RM 5.80 kat Sandakan.... sabah.......


23-04-2008, cobmila komen :

Kek hati pari tu saya ada dengar resepi tu tp blm dpt lagi resepinya.......


26-05-2008, star79 komen :

4 sudu nasi?..sudu makan ke?banyak tu je tepung?....brown sugar kalau x sampai 1btl,boleh?


26-05-2008, star79 komen :

boleh bakar ke?...


01-08-2008, milacob komen :

tak boleh bakar lah.... hanya kaedah kukus sahaja......


08-09-2008, fara_bie komen :

star79, sudu nasi tu, senduk nasi yang gune utk kauk nasi tu...


10-09-2008, sara_my komen :

kek tak berapa itam mungkin sbb tak gune gule hitam...gula hitam ni kat sarawak byk...kalo kat semenanjung ni tak penah jumper lg...gule itam kale dier mmg itam...padan ngan namer dier...letak skit jer..kek sure jd hitam


14-03-2011, ibuarif komen :

kalu x silap, kek ni nama dia `kek hati pari'.


19-03-2011, norwidarina komen :

bukan hati pari lah. kalo hati pari kukus sampai 8 jam then kuih hati pari byk pakai kismis kisar..


19-03-2011, norwidarina komen :

bukan hati pari lah. kalo hati pari kukus sampai 8 jam then kuih hati pari byk pakai kismis kisar..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd