Google+

oleh: tulip77 Kari Asam Pedas

Asam_pedas

cepat & mudah disediakan :D


Created on : 10-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi tulip77




Bahan-bahan ( 5 org )

  • Seekor ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5 (Boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, pari dsb nya)
  • 1 biji bawang besar, dimayang
  • 3 biji bawang putih, diketuk
  • 2 inci halia, diketuk
  • 1/2 ibu jari belacan
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1/2 inci lengkuas, dihiris nipis
  • 1 sudu besar halba campur
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dengan sedikit air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 pelepah daun kari
  • 3 tangkai daun kesum

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
  3. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
  4. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum. Perasakan dengan garam & gula.

Tag

ikan








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

10-04-2008, oKa sHiZuKa komen :

Rindu kat Asam Pedas my mother kat Johor..is the best. My mum selalu guna ikan Jenahak + sayur jeruk lagi bila makan cecah dgn air perahan limau..adus! meleleh air liur dibuatnya..


10-04-2008, tulip77 komen :

i pun sama...asam pedas dr jhr yg paling sedap kat tekak i nih :)


10-04-2008, lelayong komen :

Tulip, cair liur lela pepagi nih, hehehehe..sedap woooo..


10-04-2008, tulip77 komen :

he3x asam pedas mmg sodap!!!!!!!! xpa dinner gi cari asam pedas :D


18-06-2008, papamakan komen :

nampak mcm best..meleleh air liur!


04-07-2008, ayus komen :

mmg bes... mlm ni nk msak nyum2 sedap maceh tulip 77


04-07-2008, ayus komen :

mmg bes... mlm ni nk msak nyum2 sedap maceh tulip 77


18-11-2010, lieyn komen :

huhuhu ptama kali dgr kari asam pdas...nk try wt ni


16-06-2011, zuera79 komen :

nak cuba la.....mesti sedapkn?


16-06-2011, zuera79 komen :

nak cuba la.....mesti sedapkn?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu