Google+

oleh: azwalissa Wantan Noodles

Wantan

resepi wantan mee mudah & sedap. (Photo by: Achiam)


Created on : 07-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi azwalissa




Bahan-bahan ( 3 hidang. )

  • BAHAN UTK MEE :
  • Sepeket mee wantan (3pcs/pack) - rebus dan tos kemudian celur dalam air sejuk
  • 5 sudu kicap (saya guna kicap masin kipas udang je)
  • 5 sudu minyak bijan
  • 3 sudu serbuk lada sulah/ lada putih
  • BAHAN UNTUK SUP:
  • 6 ketul chicken drummet
  • Sebungkus sup bunjut adabi
  • Garam sesedap rasa
  • BAHAN UNTUK HIASAN:
  • Small Pak Choy - rebus
  • Black Fungus - rendam sehingga kembang - potong halus
  • Kulit wantan - potong anggaran 5x5cm, goreng garing
  • Ayam digoreng garing - ketukkan
  • Daun sup & daun bawang dicincang

Cara-cara

  1. Tuangkan kicap, minyak bijan dan lada sulah kedalam bekas. Kemudian masukkan mee yang telah ditos dan digaul rata.
  2. Untuk sup : Masukkan ayam, rempah sup bunjut bersama setengah periuk air dan rebus sehingga mendidih. Bubuh garam sesedap rasa - jangan terlalu masin kerana mee sudah berkicap.
  3. Keluarkan ayam yang telah direbus, lumurkan kicap dan goreng sehingga garing.
  4. CARA MENGHIAS MEE WANTAN:
  5. Masukkan mee kedalam pinggan dan susun sayur pak choy, black fungus, kulit wantan goreng dan ayam.
  6. Curahkan sup panas keatas hidangan dan tabur dengan daun sup/daun bawang. Sedap juga kalau ditambah cili jeruk!
  7. Taraaa! siap untuk di makan...!








Laporan Masakan Bergambar (1)

Wantan_noodles1
27-01-2009
dh 2 kali buat tapi ni baru boleh hantar laporan.. kenyang betul... thanks azwa :)
Laporan oleh: sunkist

thanks sunkist krn mencuba! :)


Komen (7)

07-04-2008, jfklynn komen :

mcm sedap jer...tapi takda pak choy ler plak...pastu wantan mee takder...yg ader saimin noodles...kira mcm wantan gak rupernya...yg penting pak choy tu..takder mesti kureng nantikan?...


07-04-2008, azwalissa komen :

kalau takde pak choy , guna sayur sawi rebus pun boleh, jfklynn.. sedap jugak! cuma kena potong kecik la sawi tu.. tercekik lak karang! hihi


09-04-2008, cthaizad komen :

wah bestnye.dah lama mencari resipi ni alhamdulillah dah jumpa.tapi tak taruk sambal ke?kalau sambal blh di gunakan,sambalape yaang sedap?


11-04-2008, azwalissa komen :

saya mmg tak makan pedas jadi lupa pula tang sambal tu.. sori ye..! kalau makan wantan noodles kat luar, saya tengok diorang biasa bubuh sambal tumis kosong aje..


01-08-2008, uminaj komen :

sori, nak tanya...mee wantan tu dia ada tulis ke kt plastik tu?1 more, kulit wantan tu cemana plak??rasenya resepi ni ada wat dumpling kan...tau tak resepinya???


01-08-2008, azwalissa komen :

mee utk wantan noodles nih biasa ada kat bahagian mee @supermarket. tak perasan nama dia apa. tapi satu bungkus tu biasa ada 3-4 ketul mee 'bertepung'. saya guna yang tu utk buat wantan noodles. biasa kulit wantan mmg ada tulis 'Wantan'. saya tak buat dumpling.. saya slice2 pastu goreng & tabur atas mee. tapi kalau nak resepi dumpling, boleh refer resepi Junjs11 : http://www.myresipi.com/top/detail/1186


19-02-2011, sya_zana komen :

sgt menyelerakan....tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu