Google+

oleh: fidadaud Sup Bebola Daging

Sup2

Sesuai untuk kanak-kanak


Created on : 04-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi fidadaud




Bahan-bahan ( 5-6 orang dewasa )

  • BEBOLA DAGING:
  • 500 gm daging cincang/kisar
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk bersama 1/2 sdk garam
  • 3/4 sdk lada sulah
  • 3 sdb tepung jagung
  • 1/2 biji telur (gread A) - dipukul sedikit
  • * 1 biji telur (dipukul sedikit) - untuk menggoreng
  • * minyak untuk menggoreng
  • SUP:
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 2 ulas bawang merah
  • * 1/2 inchi halia
  • * 1 sdk garam
  • 1 sdk lada sulah
  • sekawan rempah tumis
  • 50 gm daging dihiris (jika suka gantikan tulang pun boleh juga)
  • 2 biji kentang - potong 4 dan goreng sebentar
  • 1 liter air
  • sedikit daun sup
  • sedikit bawang goreng

Cara-cara

  1. BEBOLA DAGING: Selain bahan untuk menggoreng (*), campurkan kesemua bahan lain & gaul sebati
  2. Bentukkan adunan daging tersebut menjadi bebola
  3. Gaulkan ke dalam telur(*) sebelum digoreng. Untuk tujuan sup, tak perlu goreng bebola sehingga terlalu garing
  4. TIPS: Jangan guna terlalu banyak minyak
  5. SUP: Tumbuk bersama bahan bertanda (*)
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga lada sulah dan rempah tumis
  7. Agak-agak tumisan telah 3/4 garing, masukkan bahan rencah (daging hiris/ tulang). Gaul sebati
  8. Kira-kira 3-5 minit, masukkan pula air
  9. Bila sup sudah mendidih, bolehlah masukkan bebola daging.
  10. Anggaran 10-15 minit, masukkan pula kentang. Gaul sedikit (2-3 minit) sebelum padamkan api
  11. Sebelum dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng

Tag

sup daging

Related Recipes









Laporan Masakan Bergambar (1)

Snv31505
06-02-2009
Hi fida, ni sup saya. Sedap! Saya tambah mee dalam sup.. my hubby suka sangat.. habis satu periuk dia kerjakan.. tq fida!
Laporan oleh: aludra

dah letak mee, jadi ala2 bakso la pulak kan? best juga kan?!


Komen (10)

04-04-2008, susuka komen :

sup ni leh jadi bakso tak?


04-04-2008, fidadaud komen :

susuka, saya pun tak pasti sbb tak familiar sangat dengan bakso. Tp saya rasa ada kelainan pada sup bakso berbanding sup ni


05-04-2008, susuka komen :

saya pn x familiar ngan bakso ni, pernah mkn sekali tp x kena ngan selera sy. maklum lidah belacan...


12-05-2008, Noorarina komen :

Nampaknya menarik...boleh try ler nanti, anak2 & suami mesti suka!


29-05-2008, fidadaud komen :

Noorarina, silalah cuba. Mana tahu anak2 & suami noorarina suka?


16-01-2010, ElizaH komen :

Saya dah cuba resepi ni. Lebih kurang dgn resepi saya sendiri. Sedap. Terima kasih yer...


12-04-2011, angah ya komen :

Pasti sodap...makan waktu ari ujan..pehhh.....


20-07-2011, xara1978 komen :

tergodanyaaaa... mesti cuba ni..


26-10-2011, adk puteri komen :

klau xde msin pngisar untuk kisar dging,bleh pkai blender x?


07-04-2012, shhawari komen :

rempah tumis tu apa?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu