Google+

oleh: shimahz Satar ikan

Satar

satar ikan


Created on : 30-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi shimahz




Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  • 8 biji buah keras
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 150 g kelapa parut putih
  • garam
  • 1/2 camca gula
  • 1 camt belacan
  • 2-3 biji lada merah, dicincang
  • 1-2 camt serbuk lada
  • 1 helai daun salam, dimayang
  • 1 helai daun kunyit, dimayang
  • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara-cara

  1. Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
  2. Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
  3. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
  4. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
  5. Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

Tag

ikan

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (15)

30-03-2008, Aziemas komen :

aik..pesal jd gini??? ke pc ku yg poblem???


30-03-2008, Ringo komen :

shimahz, please refer FAQ cara2 mengisi resipi. you tulis resipi kat bahagian penerangan. bahan ken letak kat "Bahan-bahan" dan cara penyediaanya kat "Cara-cara"


30-03-2008, Ringo komen :

Azie, akak pun ingat admin tukar style. hehehe


30-03-2008, nor_67 komen :

hani, ok gak calau cam gini .. ada bold lg..


30-03-2008, Aziemas komen :

ohh ye ker???? kita ingat pc kita poblem@admin tukar, hehehehehehe syilap ropanyer


30-03-2008, haz_amon komen :

waduh...feberatku.....dulu selalu gi terengganu bli....sekarang tak berkesempatan dah.....kakak takder kat situ dah....gi German laks....uks...uks....


02-04-2008, jefri komen :

tq.banyak maklumat masakan


04-04-2008, susuka komen :

resepi klasik org Trg ni,dah lama x mkn satar, mesti best resepi ni tapi mana nk cari batang buluh tu. tukar lidi sate aje la. oh..ya..ada sesape tau resepi sambal ikan+kelapa yg makan ngan nasi impit cara org Trg. kaler dia hitam2 ckit.


15-03-2009, Yantie Alias komen :

laaa...dah lama cari resipi ni...rupa2nya dah ada lama dah.ish3 memang my favourite...slalu beli kat pasar mlm.org trengganu jual.mmg sdap.1 cucuk ada 3 biji orang tu jual RM1.20.slalu bli smpai RM6.mmg suka gila mkn satar ni...nnti ingt nak try jgak la buat...kat jb ni susah nak dpat...


08-07-2009, shuk_sham komen :

Kami dh try wat resepi satar nie...tp tak jadik..tak sedap....klu yg beli kat kemaman tue..tak terasa dia punya kelapa parut nyer...yang nie trasa kasar...hemm..mcm mana ek..


08-07-2009, mrs.ilah komen :

selalunya kelapa parut yang dibeli tak sama dgn kelapa yang diambil dari pokok dan diparut isinya. lagi fresh. kualitinya berbeza..


28-01-2010, ezralovescook komen :

mmg fevret satar ni..mmg sedap,bln puasa je blh dpat..klo nk g trengganu semata2 nk bli satar,kopak poket..hihi ade resepi blh buat sndiri,mkn sbnyak mana yg blh..huhuhu..thanx 4 sharing diz recepi


27-04-2011, Mizs Zha komen :

My frvte!! :). Yg nie lh sy brhbs nk cri rspi.. (bhn2 sy x tau). Ok..da thu nk try buat. Rsa da lma x mkn satar sjk go bck sbh.


18-08-2011, Habibah Debok komen :

nak cubalah resepi ni....kat sarawak takde org buat...


07-10-2011, thah_y komen :

kalu nak best, xpyh rebus ikan xpe..just blend semua bahan2 ksar termasuklah kelapa..bru tak trasa kelapa 2..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd