oleh: maryam81 Kek Lapis Suzana

Suzana

Kek Lapis Suzana


Created on : 28-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

  • Bahagian Dlm Kek.
  • 15 Biji Kuning Telur
  • 6 Biji Putih Telur
  • 320gm Gula Halus
  • 300gm tepung Hongkong
  • 150gm air ais
  • 1 ½ sudu makan Ovelete
  • 450gm Mentega
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 200gm chocolate emulco.
  • Bahagian Atas & Bawah Kek.
  • 8 Biji Kuning Telur
  • 3 Biji putih telur
  • 160gm gula halus
  • 1 sudu makan ovelete
  • 250gm mentega
  • 2 sudu makan susu.
  • Jem secukupnya.

Cara-cara

  1. Bahan A ( Telur hingga Ovelete ) di pukul dgn laju hingga kembang
  2. Bahan B ( Mentega & Susu ) pukul hingga putih.
  3. Bahan A di campur kedlm bahan B
  4. Bahagi 2 :- Coklat dan plain ( krim)
  5. Sediakan acuan saiz 8” x 8”
  6. Bakar berasingan ( acuan utk coklat : lapiskan coklat sahaja begitu juga acuan utk Plain)
  7. Setelah masak dan sejuk.. Potong 1 inci dan potong lagi seinci tadi supaya menjadi segi tiga.
  8. Cara membuat Atas & Bawah Kek
  9. Campur semua bahan kecuali jem. Pukul hingga kembang.
  10. Bakar lapisan bawah dahulu hingga 3 ke 4 lapis.
  11. Lekatkan kek warna coklat dgn plain yang telah di potong tadi menggunakan jem
  12. Jika sudah di lekatkan, ianya menjadi segi empat tepat
  13. Susunkan kek tersebut ke atas kek yang baru dibakar
  14. Buat habis susunan dan kemudian baru bakar semula
  15. Bakar lapisan atas sama seperti lapisan bawah kek

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

28-03-2008, susuka komen :

hai k.maryam, gigih betul buat kek lapis ni. x sempat sy nk mengejornya. yang lepas lum cuba lg...dah kuar yg baru...ish...ish...ish....


28-03-2008, maryam81 komen :

hai Susuka.. akak tak habis salin lagi resepi ni.. susuka dah bagi komen ek.. hehehe.. ni semua resepi bisnes akak tahun lepas.. tahun ni mungkin tak sempat nak buat bisnes.. sbb raya tahun ni baru habis pantang.. so sesapa yang berminat nak buat bisnes tu boleh lah mula dari awal..


28-03-2008, sofinar komen :

byknya bahan, rajinnya mariam ni, buat la bisness lg saya nak oder, rasanya tak rajin nak buat kek lapis ni


01-04-2008, BONASERRA73 komen :

nampak cam sedap je tp nak buat susah sgt lah.tapi....nak blajar gak buat.bleh htr kat pak we skit.tepung hong kong tu nak cari kat mana ye.susah tak nak dapatkan di kedai


01-04-2008, maryam81 komen :

hi sofinar... nak buat kek lapis sarawak mmg nak kena rajin.. mmg kite bisnes buat kek lapis sarawak pun. Bonaserra73, tepung hong kong.. tu boleh di beli di kedai bakery yang jual bahan2 utk buat kek


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu