oleh: tulip77 Apam Harum Manis

Apam_harum_manis

rasa manis gula melaka & pisang


Created on : 27-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 40biji )

  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu maka esen vanilla
  • 50 gm mentega, dicairkan
  • 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis

Cara-cara

  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  3. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
  4. *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***

Tag

apam




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

27-03-2008, Natto komen :

owhhh....kat sini rupanyer dia ilang2...resepi dr buku tersorok dah kuar yerr... g ler masuk porem..winduuulahhh... Muaaacchhsss..... ;-)


28-03-2008, susuka komen :

sori mencelah.....ada sesape tau resepi bederam. dah lama kite mencari. asyik beli kat pasar malam je, tq.


28-03-2008, Itarossi komen :

hai susuka..kueh benderam = peneram? kalau yg tu kat MR ada rspi dr Delila Kueh peneram (telinga keling). Cuba try tengok..


28-03-2008, tulip77 komen :

hehehe ika... skang bz skit..nnt2 free kita gi berpoya2 kat porum :D


28-03-2008, susuka komen :

TQ Itarossi, saya dah jumpe resepi telinga keling tu. wah...w/end ni ada la xtvt gamaknya.


29-03-2008, syafiqah komen :

wah,nampak macam sedapla apam ni.esok jugak nak cuba buat.boleh jemput kawan2 mai makan petang.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu