Google+

oleh: maktehbum Kari Ikan Kembung Ala Utara

No picture

Resepi ringkas tapi sedap.. sesuai untuk TAMBAT SELERA mak mertua @ bakal mak mertua..orang utara


Created on : 17-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi maktehbum




Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)
  • 8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)
  • 3 biji tomato (belah 4)
  • 4 biji cili merah
  • bahan tumis:
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu halba campur
  • 5 helai daun kari
  • 6 sudu minyak masak
  • 1 cawan air asam jawa (1 inci)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan dan diketepikan.
  2. Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari
  4. Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
  5. kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika
  7. Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa.. biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan..

Tag

kari ikan








Laporan Masakan Bergambar (3)

158
01-07-2009
tq for d recipe..jun guna ikan tenggiri...
Laporan oleh: junjs11
Dsc00760
11-07-2011
salam maktehbum.. sesekali masak kari memang sedap. guna ikan kembung hitam yg nipis tu, lembut, manis n lemak isinya, resap kuah kari tu..sedaap.. jazakillahukhairan yer..
Laporan oleh: kakbesah
Kari_ikan_nyok_nyok_ala_utara_myr
09-01-2014
Yang ni pulak hidangan Ahad lepas.. saya guna ikan nyok-nyok.. kari ni tak pedas tapi sedap.. maktehbum, terima kasih kongsi resipi ni..
Laporan oleh: LynnSham

Komen (1)

20-05-2012, jack saat komen :

Sori xde gambar.kari menjadi mmg sedap t.q maktehbum


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu