oleh: rossitamz Mee Kari Bonda

Mee_kari_bonda

Resepi dari emak. Memang sedap dan senang penyediaannya.


Created on : 15-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • *** Bahan untuk kuah :
  • 4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
  • 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
  • 1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**) - dikisar berasingan dari bahan (*)
  • 500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
  • Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
  • 4 keping asam keping / asam gelugur
  • Garam & perasa secukupnya
  • *** Lain-lain bahan & hiasan :
  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
  • Taugeh – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara

  1. Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
  8. Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

Tag

mee




Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn1527
30-08-2009
menu berbuka puasa semalam. Licin
Laporan oleh: tfsalihah

Komen (22)

16-03-2008, kimin_03 komen :

Nak tny sket, ikan sardin tu mesin ngan sos nye skali atau mesin ikan nye saje?


16-03-2008, tulip77 komen :

kak rossitamz... sy nih cuci mata je la kak..mmg teringin sgt nk buat sndr... tp nya sni xda kerang...xda fish ball.. xda fish cake...huhuhuhhu... sy jamu mata je la kak...he3x


17-03-2008, mrsdayat komen :

sy pun nak tau jwpn bg soalan kimin tu..sedaaap jek nmpak..=)


17-03-2008, rossitamz komen :

kimin, saya blend ikannya aje. Tapi kalau nak blend dengan sosnya sekali pun boleh jugak.


17-03-2008, rossitamz komen :

Kesian tulip, kerang tu pun yang buatkan kuah mee ni lebih terangkat. Kalau setakat fish cake dan fish ball tak ada, ampun lagi rasanya. Tapi tulip boleh buat sendiri fish cake dan fish ball, kan?? Ikan tentu ada kat sana.


17-03-2008, tulip77 komen :

akak..yg rindu tang kerang tu...huhuhu sedapnya...nyam..nyam... a'a fish ball leh wat sndr :D


18-03-2008, rossitamz komen :

Simpati sungguh akak kat tulip, tak ada kerang kurang sikit rasanya. Kena tunggu balik M'sia nampaknya..


03-08-2008, Perantau komen :

Emm..baru jer lepas msk dan mkn mee kari lepas singgah kt website ni.Tq byk..Kat sini kerang tersgtlah mahal dan kalau ade pun yg dah frozen terlalu lama so saya guna jer kupang dikerat 2(he..he).Ok jgk rasenye...mee kuning tu saya gntikn dengan spagheti yg direbus sbb mee kuning kt sini kureeeng sikit.Sedap...tq sekali lg.


06-09-2008, ummi mithali komen :

bes gak nampaknye.... nak try ni,,,, fish ball wat sendri camne ye....


13-09-2008, zhiela_85 komen :

semalam dah buat dah mi kari...tp lupe lak nak anta laporan...tp mi kari yg sy buat tu versi ibu kt kpg...tp kalu kn mskn dr ibu laaaagi sedap kn...


08-10-2008, Haslizamnoor komen :

hmm rasanya macam sedap jer, bolehlah saya cuba nanti utk makan petang hujung minggu nih, dah lama saya cari resepi mee kari nih, anyway tq


05-11-2008, suzukiresepi@yahoo.co komen :

emmm.....sedap sungguh mee kari bonda ni...terima kasih... bila saya msk suami saya makan sampai 2, 3 mangkuk.....fuyyooooo..cuba ler


12-12-2008, yunoki_azuma komen :

awt nak kena buh sardin sdp ka ni....


14-12-2008, salina@nusajaya komen :

Rossitamz, resipi you ni memang sedap.. ikan sardin tu yang buat rasa dia lain dari mee kari yang lain.. lagi lemak dan tak terkata! thanks for your recipe!!


28-12-2008, tie82 komen :

dah buat semalam.. sedap.. tapi saya tak masukan sardin,tak suka. thank sebab kongsi resepi..


28-12-2008, tie82 komen :

lupa nak cakap..saya gantikan sardin ngan udang segar..bersaiz sedang dalam 12 ekor.. tak letak banyak coz takut terjejas rasa kuah karinya...


20-05-2009, taurus81 komen :

i memang suka sgt mee kari..tp mee ni lain la..ada srdin..mesti best punya la..


21-08-2009, fini komen :

sedap ke mee kari + dgn sardin?


03-09-2009, shamza2802@yahoo.com komen :

memang sedap saya rasa saya nak cuba


26-09-2009, kak K komen :

mee kari ni tak letak cili kisar ka?


02-10-2009, umie zi komen :

tak makan ikan sadin, tak masukkan sedap ke?


02-10-2009, mama kastam tioman komen :

umie zi...kalau tengok dari resipi ni, tak taruk sardin pun dah sedap dah ni..sama je macam yang mama selalu buat..sardin ni nak memekatkan kuah tu aje.. : )


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu