oleh: nor_67 Moist Choc. Cake

Choc_cake_potong

kek yg betul2 moist, resipi asal dari buku saji(kalau tak silap).. untuk menambah koleksi resipi kek coklat


Created on : 14-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (18)

Moist_cho
16-03-2008
sedap..lembut & gebu ;D tq..tq..tq
Laporan oleh: tulip77

tulip, cantik deco, lawan tokey ni.. :)

Kek_001
16-03-2008
Ni lah hasil kek ku.... Hahaha, cepat2 ambil gambar, takut tak sempat. Tq k nor.
Laporan oleh: Hazel

hazel, sib baik cpt posing, kala tak jd cam dadih.. cantik kek. siap ada peach lg

Dsc02603
18-03-2008
memang lembut walaupun tak guna tepung naik sendiri...just guna all purpose flour jer...thanks for the receipy..
Laporan oleh: jfklynn

ur welcome.. thanks juga kerana sudi cuba resipi kek ni.. :)

Img_0253
20-03-2008
buat siang tadi untuk tetamu. sedap. TQ K.Nor :D
Laporan oleh: Ringo

waaaah hani... terliur tengok deco kek ni...

Kek_coklat
20-03-2008
Tadaaaaa...kak nor terima kasih banyak-banyak, akhirnya lela dah berjaya buat kek choc. moist cake...
Laporan oleh: lelayong

kasih diterima dan juga tahniah buat lela...

Dsc02558
21-03-2008
ini lah hasilnya..x mendap,moist & yg plg penting sodap.. tp bab make up tu mmg hancussss..comot..tp mcm2 maner pun nak jugak posing kek ni.. posing ttp posing.. kita dgr apa kata pengkritik tetap kita..kihkihkih
Laporan oleh: yatiezaini

yatie, posing tetap kena posing.. tak kisah la make up cun ke tidak, asal sedap ngan anak tekak sudah.. tq

Imej_478_
21-03-2008
alhamdulillah.....dah siap,resepi ni ringkas tapi sedap,sy buat 3 biji kek,1 untuk anak bwk g skolah,1 untuk umah mertua,dan 1 lg untuk umah mak,sekelip mata je dah habis,ani sendiri pun x sempat n merasa,nampaknyer kena buat lagi ni......heheheeh
Laporan oleh: ani_hasrul

wah.. meriahnya deco kek ani.. amboi mak sekali buat 3 biji.. hebat tuh..

Dsc00086
21-03-2008
hehehe...1st time buat kek yg ada ganachenyer sekali...jddddd tq kak nor muaaacchhsss..
Laporan oleh: Natto

haha ika pun mengganache ya.. berkilat benor tu ika... :)

Dsc00993
21-03-2008
tara...dh jd.projek lewat ptg, siap pon agk lewat so esok br boleh makan :) deco ats tu hb & amin yg buat. esok komfem amin yg akn hbskn sbb dia yg deco :D tq 4 d resepi..senang sgt
Laporan oleh: Aziemas

amboiii, projek satu famili ya...terror la jugak 2 branak tu decorate..

P3220069
22-03-2008
X dapat tabur2 berries cam Hani so tabur je la ape2 buah yang ade lam peti es.
Laporan oleh: tuntung15

ogy, macam2 buah adaaaa.. :)

Kek
24-03-2008
moist sgt. letak topping vanilla ice-cream. mmg marvelous! thanx 4 d recipe.
Laporan oleh: kirana1512

sedapnya makan ngan aiskrim..

Choc_cake
25-03-2008
Teruja tengok ramai dah cuba. Kita pun tak nak tertinggal ketapi, so kita buat malam an makan pagi tadi. Sedap dan thanks.
Laporan oleh: hazila

ur welcome.. letak ceri kat atas tu kan.. :)

Dsc00161
25-03-2008
Dah lama buat, baru nak upload. Deco kek meriah sikit sebab x pandai. Tq K.Nor :D
Laporan oleh: intan2210

knor pun tak pandai deco gak.. :)

Image575
27-03-2008
seperti yg dijanjikan...inilah dia kek coklat moistku, rasa memang A, tp bab mendeco 2 tak taulah B ke C, nway tQ k.nor sharing a very nice recipe wt us, 'mucca grasias'.
Laporan oleh: aa_iezah

iezah..ok lah tu, deco tu lebih kurang cam knor gak.. tak per tak cantik, asal kena ngam dgn anak tekak.. :)

Moist_chocolate_cake
07-04-2008
3rd time buat...makan ngan ice cream...sedap :)
Laporan oleh: tulip77

dah third time!! wahhh.. ngan eskrim lg... caya laaa

Besday_fandy__1_
08-05-2008
dah cuba dah..sedapp......cuma apricot terbesar
Laporan oleh: farina1211

tq farina kerana mencuba ya.. cantik deco..

Pict0118
18-06-2008
buat dah lama tapi baru dapat upload gambo..sedap la memang moist..trima kacih nor67 krana sudi share this recipe...
Laporan oleh: rosshi

yes... dah boleh reply komen.. 10Q jugak tuk rosshi ya..

Choc
24-06-2008
dah lama buat. mula2 tergoda dengan kek k.ringo buat. kita ler tetamu kat laporan masakan dia tu. hehe. dah banyak kali buat, memang marvelous!
Laporan oleh: ina

TQ ina.. knor pulak tergoda dgn deco ina tu.. :)


Komen (59)

14-03-2008, yatiezaini komen :

Assalamualaikum..rajin nyer nor masak.. hari2 ada resepi baru.. mengancam jugak moist choc.cake ni.. tp buat sementara ni tpaksa ler saya pendam perasaan sbb oven x der kat umah :~( ..... smntara ni kena cari yg kukus2 jer ler.. :~)


14-03-2008, mrsperfect komen :

Mana cara-cara nyer eks


14-03-2008, mrsperfect komen :

ops ngapa td takde eks


14-03-2008, Adilah komen :

kenapa berkilat? sy x pun


14-03-2008, schwenke komen :

kan kt situ resepi cara kukus...blh la try


14-03-2008, ctrosha komen :

moist choc. ni nak kena kukus kerr bakar....


14-03-2008, ctrosha komen :

ooooo..kukus yerrr..tadi baca tak der beritahu kukus atau bakar


14-03-2008, nor_67 komen :

betul tu amy.. yatie kek ni kita kukus je.. sbb tu dia jd moist.. cuba lah >> Adilah, tu gunanya letak butter, utk mengilatkan dia.. Pastu jgn masukkan butter sekali gus, tunggu semua cair, padam api baru masukkan butter.. cara ni baru jdkan ganache tu berkilat


14-03-2008, yatiezaini komen :

oooooooo .... ok .. kukus yer.. macam ni boleh ler cuba ... tks nor ..... :~)


14-03-2008, tulip77 komen :

cedapnya cekelat kek k.nor nih... nk tanya skit...tiap kali wat kek cekelat kukus lepas dah sejuk tu mendak... nape eh??? yg nih mendak tak?? ada tips tak nk elak mendak kat tgh2 tu??


15-03-2008, nor_67 komen :

ok yatie, slmt mencuba..


15-03-2008, nor_67 komen :

tulip, setakat knor wat kek ni dari dpt resipi (tahun 90an), tak pernah dia mendap kat tengah.. kalau turun skit lepas masak tu biasalah.. sikit je.. cuba jgn buka api yg terlalu besar.. mungkin dia masak cara terkejut kalau kita buka api besar yg menyebabkan ia mendap.. cubalah resipi ni dulu, dgn api sederahana besar dan tengok dia mendap tak..


15-03-2008, nizanizha komen :

susu segar suam tu mcm ner yea...


15-03-2008, nor_67 komen :

nizanizha, susu segar biasa dalam kotak (spt dutch lady). Pastu panaskan dalam periuk hingga suam2 panas..


15-03-2008, suhasnah komen :

Salam knor, su baru join forum ni..su berminat nak buat kek ni. Nak tanya masa tuang ganache tu, masa ganache ni dah sejuk atau maseh panas2 lagi?


15-03-2008, nor_67 komen :

salam su, kita tuang dia ketika masih panas, tp jgn tuang dgn laju.. biar dia cover kat tengah2 dulu pastu baru tuang lg supaya dia meleleh kat tepi


16-03-2008, tulip77 komen :

ok...berjaya buat...hehehe... sedap & lembut & yg plg best...kek ni tak mendap :D k.nor my hb & dotter mmg x suka mkn kek...tp yg nih durang mkn sungguh2 & hb siap ckp "mcm ni la br sedap" he3x tq...tq...tq


16-03-2008, nor_67 komen :

tahniah tulip, kek tak mendap..seronok knor dengar hb n anak tulip suka ngan kek ni.. thanks kerana mencuba.. cun kek tulip tu..


16-03-2008, Hazel komen :

Alamak, lupa pulak.... kat atas kek tu hazel deco dgn buah peach. Blum rasa pun coz da mlm. Finish @11pm. Tapi bila da angkat dari kukusan, Emmmm, smell nice... nanti bila da rasa, i'll let u know.. Tq k nor. Hehehe...


16-03-2008, Hazel komen :

6.15am...... Emmm anak2 da minta supaya kek dipotong (nasib baik kali ni tak lesap....). Sokong ngan Tulip77, sedap & lembut & yg paling best. Espc kpd pengemar coklat. Cuba jgn tak cuba. Hehehe.... Tq k nor.


17-03-2008, che'iza komen :

Wahhhhh...... cantik, menarik, tertariknya kek cik tulip ni, Letak apa kat atas tu? Terpikat sangat ni.


17-03-2008, nor_67 komen :

wah 6.15pg dah melantak kek.. ish2.. hebat heroes tu ya.. tq hazel tolong promosi..


17-03-2008, tulip77 komen :

che'iza tu ler tgn keras x pandai deco kek... sapu b/cream & letak cho.rice jek... yg pasti resepi kek nih sedap... tak rugi cuba :D


17-03-2008, che'iza komen :

Idea yg bijak, boleh lah tiru eh.... Nak kena buat ni. Baru buat kek coklat resepi kak izan, Ni nak try buat resepi Cik Nor pulak, resepi mcm nilah best, simple dan budjet murah... He heee


18-03-2008, wittypinky komen :

kak nor, kaedah kaup balik tu camner? (1st time nak try buat kek..hihi) and klu xda mesin pemukul, camner? penat x nak pukul manual?


18-03-2008, nor_67 komen :

wittypinky.. nak cakap camna ek.. gini, lebih kurang macam kita buat no 8 masa kaup balik tu.. kita kaup adunan tu kearah kita dan pusingkan spt buat no 8.. harap faham dgn penjelasan ni.. pastu kalau nak mix ngan tangan boleh, tp agak makan masa skit la nak kembangkan butter dan telur tu..


18-03-2008, eyla5152 komen :

saye nak tanye pasal ganache tu, bila dah masak tu dia cair tak? atau bila sejuk baru dia keras? tak paham la, sbb penah wat topping tapi meleleh...


18-03-2008, nor_67 komen :

eyla, memang ganache/topping tu cair, bila sejuk dia akan mengeras/membeku.. tp tak lah sekeras choc. masakan kerana kita dah letak air panas dan butter.walaupun kita dah letak dalam peti ais pun dia tak bertukar mejadi sekeping layer yg keras.. mungkin yg eyla buat tu terebih kandungan cecair kot..


19-03-2008, haliabara komen :

nampak sedapla..bhn2 pun simple..nak cuba buat lah


20-03-2008, lelayong komen :

Alamak...sekali lela salah eja daaaaaaaa laporan resipi tuh..admin nak tukar / edit camner erk..???


22-03-2008, sofinar komen :

ramai yang dah cuba i pun tak nak ketinggalan nanti i try and hantar laporan


26-03-2008, aa_iezah komen :

dah sedia hr ni ambl resepi utk dptkan bahan2nyer, k.nor tggu 1 lg kek choclate moist ni dr iezah plk lpas ni yer .. :)


26-03-2008, nor_67 komen :

aa-iezah.. beres, knor tunggu ya..


02-04-2008, use-nee komen :

sy dah buat..mmg best. Tp, dia mendap skit kat tgh & adunan dia siap terkeluar skit dr loyang..betulke loyang tu 9 inci?


02-04-2008, nor_67 komen :

use-nee, kenapa jd mendap, bukak api besar sgt ke? bab loyang tu memang knor dah ukur sebelum masukkan resipi.. mungkin yg use-nee punya rendah sikit kot.. yg knor guna tinggi dia 3in.. mana gambarnya.. boleh kita tengok ramai2..


02-04-2008, use-nee komen :

knor,a'ah sy punya loyang rendah jea..x sampy 3in...sorryyer kek tu dah abih dah...buat utk adik bawak g hostel dia..


02-04-2008, nor_67 komen :

patut melimpah ya.. lain kali kalau nak buat lg, guna loyang yg lebih tinggi skit ya.. :)


17-05-2008, kathy_cyclops komen :

kak nor...dah wat dah hari 2 tapi nape kek 2 cam berminyak ek kak nor...ape yg kite salah wat..rasenye sume bhn tul just kite tkar kan butter pd planta sbb mase 2 butter xder stock kat umah...sbb planta ke dia berminyak k.nor????sdap mmg sdap tp 2 r probnye...nak ngis rase k.nor...


18-05-2008, nor_67 komen :

kathy, sepanjang knor buat tak pernah lg jd sampai berminyak dan tak ada masalah kalau kita tukar butter kepada planta.. utk pengetahuan kathy kek ni dalam bentuk moist(padat) tak seperti kek sponge yg gebu atau ringan..


18-06-2008, nor_67 komen :

thanks rosshi sbb dah try wat kek ni.. mmg moist kan..sori ek tak leh reply komen kat gambar tu..


19-06-2008, Daratumpanglaluyapak komen :

hi nor, tumpang tanyer...nor gunakan cawan aper utk buat sukatan? saya takut kalau2 terlebih atau terkurang adunan jer..tq (semangat sdg berkobar nk buat kek ni ..hehehe)


19-06-2008, nor_67 komen :

adus.. pjgnya nickname.. panggil dara dah lah ya.. saya pakai cawan sukatan yg memang khas digunapakai tuk menyukat.. dlm satu set tu ada 1 cawan, 3/4, 2/3, 1/2, 1/3 dan 1/4 cawan.. kat kedai baking biasanya ada jual lagi lah kalau kat supermarket..


20-06-2008, Daratumpanglaluyapak komen :

Thxs nor for the reply :)


20-06-2008, faradino komen :

kak nor..nk tny...nape kek tu melekat kt loyang ble kite kuarkan? lg satu ms kite wat ganache, nape die cpt sgt jd cm tak bole nk curah kt kek tp kna sapu lak..pastu ble disapu kek mcm 'koyak' la..ganache tu tarik kek tu jd mcm lobang2 lak...tp tak teruk la lobang nye..tp da jd tak cantek la kek tu...huhu~~~


20-06-2008, nor_67 komen :

fara, dah griskan loyang tu tak? salah cara lg alas loyang dgn kertas baking(kertas minyak) pastu sapu balik dgn mentega.. ttg ganache tu fara ikut sukatan bahan2 dia tak? dan ikut step dia betul2 tak? sbb knor tak pernah timbul masalah tu bila wat dan tuang ganache. mungkin fara biarkan ganache tu sampai sejuk sgt kot.. lain kali cuba biarkan kejap jer ganache lepas buat tu, pastu terus curah atas kek.. harap fara faham apa yg knor cuba sampaikan ni..


23-06-2008, faradino komen :

thanks kak..ganache dah jd!!! cume kes kek melekat kt loyang tu..fara da sapu butter kt loyang tp stil melekat..da givup smpi bli loyang yg nonstick nye...but nyway thanks kak nor..


23-06-2008, nor_67 komen :

fara, cara knor lepas sapu butter tu, knor tabur sikit tepung, ratakan dan hentak2 skit tuk buang lebihan tpg supaya tak terlalu tebal.. jalan yg paling mudah, fara sapu dulu loyang tu dgn butter, alas kertas minyak(A4 pun boleh) pastu sapu sekali lg dgn butter atas kertas tu.. kadan gtu loyang non stick pun perlu disapu dgn butter gak supaya kek tu lebih konfiden tak melekat..


24-06-2008, roslana_06 komen :

ehmmm..dah cuba buat dah nor...buat utk sambutan hari jadi hb..yang geli hati tu dia ingat akak beli kek tu..ada ambil gambar tapi x pandai nak mskkan kat sini... ganace dia lambat beku kan... tapi x apa...dah habis pun......


25-06-2008, nor_67 komen :

kira terror lah k.ina kalau hb ingat k.ina beli kat kedai.. happy belated birthday buat dia ya.. post lah gambar, boleh sama2 tengok.


25-06-2008, faradino komen :

fara da try sapu tepung lps sapu butter..tp stil tinggal sket2 kt loyang..kira tgh2 kek tu cacat la sket...nt fara try cara letak kertas lak..a4 pon bole ye kak? ok thanks kaknor...


25-06-2008, nor_67 komen :

fara, jgn lupa, sapu butter kat loyang, pastu letak kertas dan sapu butter sekali lg atas kertas tu ya..


26-06-2008, faradino komen :

kaknor..fara da try yg mcm kaknor ajar tu n menjadi!!!kek tak melekat pon...smlm fara wat 2 adunan n guna 2 loyang..yg klakarnye fara pkai kertas a4..main sumbat je kertas dlm tu n da sapu butter..bile taruk adunan dlm tu kek tu kuar jd berbentuk..yg adunan lg satu fara gunting bulat muat2 ngn permukaan..so bentuk die ok..thanks kaknor..takde kusut lg da kpla otak lps ni...


26-06-2008, faradino komen :

lg satu kaknor..klu ganache tu tak msk air pns jd ape ye?


26-06-2008, faradino komen :

ala lupe nk tny kaknor..ape beza antra tepung gandum n tepung naik sdr?sy budak br blajar kaknor..


26-06-2008, faradino komen :

lg satu kaknor aritu fara wat projek ganache tu guna coklat masakan aje..takde taruk lain..ble tuang ats kek ok aje..tp ble da sejuk ganache tu jd keras..nape ek? lg satu kak..tepung superfine lak ape beza die? pastu..ade la 2 3 org ofismate fara ni order ngn fara soh wat kek..fara tak tau nk caj dorg brape? slalu nye brape hengget ye kaknor? saiz loyang yg fara pkai 20cm


26-06-2008, nor_67 komen :

fara, tepung self raising @ tepung naik sendiri tu dia dah letak baking powder kat dalamnya, so kita tak perlu lg letak baking powder. kalau nak guna tepung gandum biasa pun boleh, tp fara kena masukkan 1sudukecil baking powder. tepung superfine ni tepung yg halus, memang elok tuk wat kek, kek jd halus jer teksture dia.. kebiasaannya diperlukan tuk wat cheesecake.kalau nak guna tuk wat mana2 kek pun boleh, cam kek marble.. bab ganache jd keras tu mmg lah, sbb asal ganache tu kan dari cooking chocolate yg kita cairkan.bila dah beku dia kembali pd bentuk asal sbb tak ditambah cecair lain spt air, whipped cream, butter or susu. ttg harga tu knor tak tau, sbb knor tak pernah jual kek ni, cuma bake tuk family dan bg hadiah jer kat kawan/sdara mara. nak tau cara nak kira kos, apa kata fara masuk forum, kat situ ada satu thread yg ajar cara nak calculate kos.. harap faham penjelasan knor ni.. kitaboleh sembang lebih lg dalam forum tu.. jom..


26-06-2008, nor_67 komen :

sori, terlepas pandang dgn soalan yg lebih awal.. ganache kalau tak letak air akan jd keras membeku spt bentuk asal coklat. penggunaan butter tuk menjadikan ganache tu berkilat. tp pastikan butter diletak bila dah semua coklat cair dan padamkan api dulu.hehe pasal tak gunting dulu kertas sebelum letak dalam loyang :D.. apa pun tahniah sbb dah berjaya membuat kek ni setelah berusaha dan mencuba acapkali dgn tak jemu2.. camna sedap tak? mana gambar, knor nak tengok gak hasil dia..


26-06-2008, faradino komen :

kaknor..mcm mane nk kopek kertas yg melekat kt kek? fara pkai a4..ble kek tu da kuar dr loyang nk buang die nye kertas tu jd cm ada 2 lai..susah no nk buang..


26-06-2008, nor_67 komen :

camna boleh jd camtu ek?? tak sapu butter ke atas kertas tu sekali lg? kalau kebiasaannya mudah je kita nak buangkan kertas tu.. knor rasa lain kali fara guna kertas baking/minyak yg ada dijual di kedai bahan2 baking lah ya.. lebih mudah ditanggalkan.. harga pun tak mahal mana..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu