oleh: nor_67 Dadih Homemade

Dadih_myr

dadih hasil resipi sendiri yg menjadi kegemaran anak2


Created on : 11-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )

  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 st garam
  • 1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air
  • 1st coklat emulco

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
  7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
  8. **Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.

Tag

dessert




Laporan Masakan Bergambar (4)

Dadih
27-03-2008
lembik skit...mayb sbb guna agar2 tak sama brand... yg sy punya brand nih kena guna 1 pack br elok
Laporan oleh: tulip77

tulip, perisa coklat n jagung ke.. thanks coz sudi cuba resipi ni :)

Img_2439
04-04-2008
hari ni, hari tuk menghantar report kad (he..he..). Sedapp.. and tekstur dia lain sikit dari resepi minami.
Laporan oleh: che'iza

result report kad cemerlang ni.. tahniah.. hijau tuuu :)

Photo-0252
06-07-2008
budak2 yg kicik2 sudah la...yg beso tuh mk bpk budak nyer! hahaa....amacam k.nor? lulus tak? hehehe....
Laporan oleh: hana6877

cian anak2 ya, dpt yg kecik jer.. kalau sedap kat anak tekak ina dan family, kiranya lulus lah tu...

P1805080002
14-07-2008
buat macam2 perisa.. sedap ler.. tenkiu kak nor!
Laporan oleh: ieyra

wahhh.. mcm2 ada... siap posing dalam fridge lg tu...


Komen (22)

11-03-2008, dila81 komen :

dah kuar pun resipi dadih knor... sedap makan time2 musim panas nie.


11-03-2008, Aziemas komen :

akak mana cara2 nyer ni??x pe chaiyo chaiyo :D


11-03-2008, nor_67 komen :

dah siap taip laa.. agaknya server slow tu yg lambat nak kluar..


11-03-2008, tulip77 komen :

k.nor nnt leh ler try... hb & ank dara i suka mkn nih...tq


11-03-2008, nor_67 komen :

ok tulip, pastu cam biasa, upload gambar ya.. :)


11-03-2008, hby(v) komen :

kk nor..susu yg berperisa coklat/strawberi tu kan dah manis(compared to fresh milk) kan..tak trase sgt ke manisnye nnt..?


11-03-2008, nor_67 komen :

hby(v)..


11-03-2008, nor_67 komen :

opps sori.. hby(v).. knor tak perasan pulak bab manis dlm dadih yg coklat/strawberi.. sbb ada rasa coklat yg balancekan rasa manis dia. lg pun dadih yg knor buat ni memang tak manis sgt.. tp kalau hby(v) bimbang takut termanis.. bahagi dua sukatan gula dan hanya masukkan selepas dibahagi 2 adunan agar2. dan rasa sendiri kemanisan dadih yg berperisa tu.. cuba lah.. tq kerana bertanya..


12-03-2008, nor_67 komen :

maaf ya semua, kemarin masa taip resipi lupa nak masukkan coklat emulco.. tu dah edit pun.. sori..


12-03-2008, k.cik komen :

nor...agar2 serbuk ni bila masak ia tak berketul2 ke...sb 2 kali cuba agar2 berketul2..kena tapis dulu...ada petua


12-03-2008, nor_67 komen :

k.cik, masa mula2 campur agar2 serbuk dgn air, cuba masukkan sikit dulu air..pastu kacau ngan whisk.. baru add air yg selebihnya.. insyaallah tak berketul


12-03-2008, mamafia komen :

Rasa dia sama x dengan yang beli da siap mix semua bahan?


12-03-2008, mamafia komen :

buleh try nih. Biasa nak wat dadih, beli yang dah siap dalam peket, balik tinggal bancuh.


12-03-2008, mamafia komen :

tahan berapa lama yek mende nih?


12-03-2008, nor_67 komen :

mamafia.. 1. kena cuba dulu lah resipi ni, pastu compare lah ngan dadih yg instant tu.. sbb sy tak pernah lg buat yg instant.. selalunya anak2 lebih suka yg sy buat berbanding yg dijual di pasar tani 2. dadih ni boleh tahan hingga seminggu.. tp kat rumah ni tak sampai tiga hari dah licin :)


18-03-2008, sina komen :

nor best bagat. anak2 suka


18-03-2008, nor_67 komen :

tq sina, menjadi jugak buat ya. mana gambarnya??


28-03-2008, tulip77 komen :

k.nor yg warna kuning tu,actually letak pewarna skit....klu kaler putih bapak budak kat umh ni tak makan...hehehe......


06-07-2008, hana6877 komen :

mmg sedap k.nor...nyaman anak tekak mkn sejuk2...hehe.....family ina nih suka yg cekelat or milo jek....yg perisa lain diorg tk mo....tQ k.nor kongsi resepi nih....


06-07-2008, nor_67 komen :

alhamdulillah.. knor pun tumpang happy bila dia ina dan family sukakannya..


19-11-2008, nuril komen :

kalau tak masukkan coklat emulco... boleh tak....


19-11-2008, nor_67 komen :

nuril, tak masuk pun tak per, jd laa dadih tanpa perisa.. dadih yg original..terpulang pd citarasa nuril la, ya..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu