oleh: MamaInaz Chocolate Chip Cookies

P1010344

Another version of choc chips cookies. Resepi ni dapat dari Kak Long saya.. Ringkas dan mudah, sesuai untuk minum petang.


Created on : 10-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi MamaInaz




Share


Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )

  • 375 gm tepung gandum
  • 95 gm tepung jagung
  • 240 gm gula perang
  • 360 gm mentega / marjerin
  • 4 sb serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 6 sb chocolate chips
  • 6 sb chocolate rice
  • 6 sb badam cincang (disangai sedikit)
  • 6 sb kelapa kering / nestum (saya guna nestum)
  • 1 st esen vanila

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati.
  3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.
  4. Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C


Laporan Masakan Bergambar (5)

P1010063
21-11-2008
Wat untuk bekal anak gi sekolah tadika...
Laporan oleh: MamaInaz
Cok_cip_2
12-04-2009
biskut yg saaanngggat sedappp.... buat utk ngonyel² waktu ujan...encik hubby yg tak gemor coklat pun kate biskut ni sdap n byk kali gak dia bukak tutup balang biskut ni...saya guna tepung jagung saja utk keseluruhan resipi ni sebab tengah buat lupe tpung gandum abih.....alhamdulillah, rangup sungguh.... TQ mama inaz... resipi ni saye masukkan list utk biskut raya nanti.... :)
Laporan oleh: nOOrsha

TQ nOOrsha kerana sudi cuba resepi saya ni. Alhamdulillah dah masuk listing untuk biskut raya ya..hehehe.. Memang rangup dan sedap biskut ni..nanti dah wat biskut ni untuk raya, jemput la dtg umah kita kat Segamat..bawa sekali biskutnya tau =)

P8300160
31-08-2009
first time cuba.. buat utk raya tahun ni.. color kurang coklat sebab terletak 2 sb je cocoa powder.. silap salin.. haih!~ but the cookies memang best.. rangup..
Laporan oleh: nfatienr

Maaf, baru berkesempatan nak reply..TQ nfatienr kerana sudi cuba cookies ni.. Next time buat, jgn tersilap salin lagi ye...hehehe...Salam Aidilfitri...

100_0376
09-11-2009
sedap biskut ni, ni buat untuk raya lepas, baru skrg teringat nak report kat sini.
Laporan oleh: srt08

Salam srt08..Sori, baru sempat reply..Alhamdulillah, sedap..TQ for trying ya..

23012011612
26-01-2011
saya guna microwave 3 min dan cornflake di kisar...upmm memang sedap, tq for yr rcp.
Laporan oleh: Teratai Desa

Komen (5)

10-03-2008, zieyra komen :

nak tanya..biskut nig rangup tak?


12-03-2008, MamaInaz komen :

Insya Allah...rangup. Kalo nak lebih garing, biarkan sekejap (lebih kurang 1 minit) dalam oven lepas 20 minit. Anak saya sangat suka, siap tapau untuk kengkawan dia kat tadika lagi.. =)


05-09-2009, monera komen :

klau buat kuih nih,gne tepung cookies bleh tak ehh??


14-09-2009, MamaInaz komen :

Sori, lambat reply...monera - saya tak pasti lak leh guna tepung cookies atau tidak utk resepi ni.. cadangan saya, awak kena ikut arahan pd kotak cookies tu, then bule la awak tambahkan nestum, almond nibs, choc chips dan choc rice utk sedapkan lagi cookies awak tu. Saya rasa cara tu lebih baik kut...apa pun selamat mencuba...


24-05-2011, zurasyaf komen :

ermm..sedap yer..rase nk cube lah...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu