oleh: tulip77 Roti Cekelat

Roti_cekelat

resepi dr internet... telah di ubah suai mengikut brg2 yg ada di dapur... lembut & gebu...


Created on : 06-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 20 )

  • 1 1/4 cawan air suam
  • 2st yis segera
  • 1/4 cawan gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1st garam
  • 2st emplex
  • 2st bread improver
  • 3sb butter
  • 1/4 cawan chocolate chips

Cara-cara

  1. Larutkan yis segera, separuh gula di dalam air. Biarkan sehingga adunan berbuih
  2. Masukkan tepung gandum,serbuk koko,lebihan gula halus,garam,emplex & bread improver ke dalam mangkuk besar. Gaul biar sekata.
  3. Masukkan larutan yis tadi kedalam adunan tepung dan uli hingga bahan2 sebati.
  4. Masukkan butter dalam doh dan uli hingga doh licin & tidak melekat di jari. Jika guna 'bread maker' masukkan semua bahan dan uli hingga doh licin.
  5. Campurkan sepertiga chocolate chips tadi ke dalam adunan doh & uli biar sebati. Tutup doh dgn cling film dan rehatkan 40mnt di tempat panas hingga doh naik sekali ganda.
  6. Tumbuk2 doh utk keluarkan angin, bentukkan doh bulat2 seberat 20g dan letakkan lebihan chocolate chips tadi di permukaan doh. Doh diletakkan dlm loyang yg telah di griskan. Perap sekali lagi selama 40minit.
  7. Bakar pada suhu 200degree selama 15minit. Selepas roti masak, tutup dengan kain hingga roti sejuk & blh lah di simpan di dalam container mknan.
  8. tips : masa nk bentuk roti bulat2 doh nih melekat sedikit kat tgn, nk mudah minyakkan tgn sedikit jadi mudah nk bulatkan.

Tag

roti




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

11-03-2008, norre komen :

A'kum, nak tanya emplex tu apa gunanya dan ada nama lain x? Kat Mana nak dapat?Tq


11-03-2008, tulip77 komen :

w'slm.. emplex ni nk lembutkan roti/biskut..mmg namanya emplex... klu xda emplex leh subt dgn bread softener... cari brand Nur atau Nona & senang nk cari kat rak2 yg jual brg2 baking kat pasaraya


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu