oleh: SallySalina Ayam masak Bali

Ayam_bali

Resepi cilok dari kawan yang kedekut..nah ambik ko..dapat jugak aku buat.


Created on : 06-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( tak kisah berapa orang nak makan )

  • Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
  • 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
  • Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
  • 8 biji bawang merah,
  • Ayam (sedap guna bahagian dada)
  • 2 biji bawang putih
  • daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
  • kicap
  • minyak untuk menumis
  • Cili kering/ Cili Bo (saya guna cili bo jer senang)
  • asam keping
  • serbuk kunyit

Cara-cara

  1. blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo)
  2. Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
  4. Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
  5. kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak@ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
  6. Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.
  7. Biasanya ayam bali ni sedap dimakan bersama nasi impit dan sayur lodeh. Juga sesuai unutk dihidangkan masa openhouse/sebagainya.
  8. Biasanya saya gunakan bawang dengan agak banyak kerana most of my family suka rempahnya, ia sesuai untuk bekal perjalanan yang jauh(tidak cepat basi)

Tag

ayam




Laporan Masakan Bergambar (2)

Bali
07-03-2008
Buat malam tadi. Rasanya seakan rendang ayam. Kurang pedas sikit. TQ for the recipe.
Laporan oleh: hazila

hah ah hazila rasanya seakan rendang sikit cuma tak dimasukkan lengkuas aje.nice picture

Ayam_mask_bali_1
16-03-2008
menu utk lunch td.. ingatkan anak2 tak suka coz warna dia hitam.. tp sebaliknya.. thanks 2 sally
Laporan oleh: nor_67

Thanks ya sebab cuba...lmbat reply..sbb lama tak online


Komen (6)

06-03-2008, azie_67 komen :

kita senasib la sally. da lama cari resepi ni mintak kat member beri macam tak ikhlas je...thank q. nanti da try kita tempek gambo.


06-03-2008, tulip77 komen :

hehehe...sally...bunyi nyer mcm dendam kesumat :D bhn2 semua ada...harus ku cuba... mkn ngan nasi putih mesti sedap nih...tq


07-03-2008, SallySalina komen :

Thanks hazila kerana mencuba.


07-03-2008, SallySalina komen :

azie_67..tsk sabar nak tengok gambarnya. tulip77... tu la tulipdia memang tak bagi resepinya, cuma dapat rasa dan saya agak sendiri bahan-bahanya. kih.kih


19-04-2008, ifah komen :

apa nak di kedekutkan...lakimu laki aku ...he..he..stark!!eja tul ke


23-05-2008, i_ka komen :

huhuhu..brg2 nye main agak2 je ke sukatannye?ala...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu