Google+

oleh: tuntung15 Betik Bermadu Jagung

P2280081

X tau ape name nak letak. Resipi sendiri. 1st time tgk dirumah kawan tapi punyer la kedekut mintak resipi x nak bagi. So try n error. Menjadik dan rasa akak version ni lebih enak. Masuk bakul angkat sendiri.


Created on : 28-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi tuntung15




Bahan-bahan ( 2 biji betik saiz kecik )

  • 2 biji betik saiz kecil
  • 1 cawan jagung manis (sweet corn dalam tin)
  • 200ml susu cair
  • 100ml air
  • 100gm gula pasir
  • 7gm agar-agar powder (disini akak guna agar2 powder warna kuning so kalau sesiapa guna agar2 powder yang tidak bewarna kenalah letak sedikit pewarna kuning.

Cara-cara

  1. Buang kulit betik. Potong betik kepada 2 dan bersihkan tengahnya.
  2. P2280073
    Cucuk betik dengan garpu untuk membuat ruang udara dan supaya jagung akan melekat ke betik. Cucuk serata betik.
  3. Masukkan ke dalam periuk air, gula pasir dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair dan jagung. Kacau sehingga mendidih.
  5. Sekarang bolehlah tuangkan adunan jagung kedalam betik. Apabila adunan jagung sudah keras, boleh lah dipotong dan hidangkan. Hidang sejuk lebih uummmmp....

Laporan Masakan Bergambar (2)

Betik
17-07-2008
senang n sedap...next time leh wat gik..:D TQ 4 d recipe..
Laporan oleh: liana_pg

senang sesangat kan. Rasanyer pun ummmpph kan. Terima kasih kerana sudi mencuba.

Papaya_corn
24-02-2009
Bentuk papaya i tak lawa, jadilah empat segi gini. Tapi tetap nampak kreatif. Tq
Laporan oleh: brendac

brendac, betoi lah still nmpk kreatif.



Komen (18)

28-02-2008, myra_zeera komen :

akak.... mn g bahan2 n care2 nye....


28-02-2008, tuntung15 komen :

Nanti dik. Akak tgh taip. Tenet lak slow betol la nk download gamba.


28-02-2008, haliabara komen :

nampak cantik..tp klau guna agar2 yg biasa tu ok x ?


28-02-2008, tuntung15 komen :

haliabara, bukan x leh guna agar2 biasa tuh tapi akak x pasti sukatannya. Agar2 powder ni pun senang nak cari di kedai2 runcit biasa pun ade jual. Yg brand nona tu pun ok.


28-02-2008, liana_pg komen :

resepi ni seakan2 dessert thai lah..tapi dia pkai labu manis...pastu tuang adunan dlm labu n kukus...tapi yang senang ckit x yah kukus2...leh cuba nih...cantik plak tu...hehe


29-02-2008, sofinar komen :

ada juga ye kak ogy orang tak mau bg resepi? kenapa ye? bkn nak pakai bhn2 dia. nampak menawan sekali time panas kalau buat lebih terangkat ni


01-03-2008, rossitamz komen :

Nampak cam sedap je...! Mesti nak cuba yg ni. Betik memang kegemaran anak2.


02-03-2008, tuntung15 komen :

sofinar, tu le kak ogy geram sesangat ngan mereka2 yg kedekut ilmu n suka benor2 ngan myr nih. x reti leh tanye orang mesti jawab. resepi pun biasanyer buat menjadik tanda ikhlas. Cubalah sofinar mmg senang dan sedap resepi nih.


02-03-2008, tuntung15 komen :

rossitamz, cubalah buat. kak ogy suke buat resepi nih sbb anak2 x suka betik. tapi bila buat begini anak2 jadi suka lak makan betik. so kalo di rumah kak ogy, betik mmg begini lah rupenyer.


03-03-2008, nurul_isb komen :

Kak ogy, adunan tu boleh ke tuang panas2 dalam betik tu? Tak lexur ker buah tu? Ker nak kena tunggu sejuk sikit?


14-03-2008, tuntung15 komen :

nurul, adunan tuang masa panas2 ke betik. Buah x rosak. Bila adunan sejuk maknanya adunan dah set ngan betik n dah boleh potong.


07-04-2008, susuka komen :

tuntung15, 10's 4 d resepi.semlm wat utk kenduri cukur jambul.sume suka,sume puji very the creatif n sedap tp x sempat snap gamba, puding dah habis...:-)


19-04-2008, tuntung15 komen :

mana pergi nyer komen susuka nih ye. tadi nampak masa masuk dalam My Resepi. Cam biskut lak kejab ade kejab x de. Ish ish ish.....


19-04-2008, tuntung15 komen :

Laaaaa kene masukkan komen lain baru kuar komen susuka. TQ susuka kerna sudi mencuba. Mmg ini hidangan kreatif dan biasanyer kak ogy pun buat kalo ade jemputan kenduri sebab senang nak buat. Hihihihi.... sbb sekarang ni akak nih banyak penyakit M. G umah orang tangan kosong segan la pulak.


04-12-2008, rosemary komen :

suami memang suka mkn betik, jg agar2... kombinasi yg cun...nampak mcm sdap..ummm


23-12-2008, tuntung15 komen :

rosemary, cuba la baru tau. rasenyer xpernah mengecewakan. sedaaaap......... lembut jer........


26-02-2009, shafea komen :

salam wah dua konbinasi yg menarik,,betik n jagung.... behasiat...sapeyg x mkn buah le lah try cara gini kan? ....selera betul nyammm


20-03-2012, put3_semi komen :

wah...br npk resepi ni... msti sedap ni... confirm nk try...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd