oleh: tuntung15 Ayam Rendang Cili Api Dgn Kacang Panjang

P2280078

Resipi ibu mertuaku


Created on : 28-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1 ekor ayam (buang kulit dan potong kecil2)
  • 2 paket santan (1 paket = 1 biji kelapa)
  • 1 cekak kacang panjang
  • 30 - 40 biji cili api (ikut rasa pedas masing2)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Blender cili api, kunyit hidup dan lengkuas.
  2. P2280074
    Kacang panjang dipotong serong dan tebal supaya tidak mudah hancur.
  3. P2280075
    Masukkan ke dalam periuk ayam, bahan yang telah diblender, serai, asam keping, santan pekat dan garam.
  4. Masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga pekat dan agak kering dan nampak berminyak.
  5. Akhir sekali masukkan kacang panjang.
  6. Gaul rendang sekejab dengan kacang. Jangan lama kerana kacang panjang mudah lecur.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

28-02-2008, rizalia komen :

amboih...tgh2 hari mcm ni nampak resipi tuntung15 ni... bangkit selera jadinya.... nak tanya sket... rendang ni x perlu masuk sikit kerisek?? sedap ni... mcm masakan n9 je..pedas2


28-02-2008, tuntung15 komen :

Rizalia, nih mmg masakan n9. Kalo nak letak kerisek boleh tapi yang ni akak x letak pun.


28-02-2008, tuntung15 komen :

Rizalia, nih mmg masakan n9. Kalo nak letak kerisek boleh tapi yang ni akak x letak pun.


28-02-2008, gar_field79 komen :

kak,tak pakai lengkuas leh tak..umah sy out of stock la..ingat sok nak wat,kcg buncis ganti kacang pjg...yang ado..


28-02-2008, gar_field79 komen :

kak,tak pakai lengkuas leh tak..umah sy out of stock la..ingat sok nak wat,kcg buncis ganti kacang pjg...yang ado..


28-02-2008, gar_field79 komen :

kak,tak pakai lengkuas leh tak..umah sy out of stock la..ingat sok nak wat,kcg buncis ganti kacang pjg...yang ado..


28-02-2008, tuntung15 komen :

lengkuas kalau x do bolih yo tapi aroma lengkuas akan buat rendang lebih uummmmppp..... kacang buncis akak pernah buat tapi ia lebih cepat lecur dari kacang panjang so kene cepat2 gaul dan tutup api. Cubelah...


10-01-2009, izlinur komen :

ini ..kalau dapat ayam kampung lagi lah soddappp...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu