Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Mee siam berkuah taucu

 Submitted By On 27 February, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Resepi sendiri

Ingredients
  • Untuk Kuah
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar taucu
  • 2 gelas air
  • Sedikit gula
  • Untuk Mee
  • 1 Bungkus meehoon
  • Isi Ayam
  • Udang
  • Sawi
  • Taugeh
  • Daun kucai
  • Sedikit daun sup
  • 2 sudu besar taucu
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Bahan menumis untuk diblender
  • 10 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan udang kering
Instructions
  1. Untuk kuah. Panaskan minyak. Tumiskan taucu hingga naik bau. Masukkan air, gula dan biar mendidih. Kecilkan api biar mendidih lagi sehingga anggaran air tinggal segelas. Sejukkan.

  2. Blendkan kuah taucu supaya semua kekacang soya hancur dan kuah memekat.

  3. Untuk mee

  4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 penumis yang telah diblender sehingga naik bau.

  5. Masukkan sedikit garam, taucu, udang dan isi ayam.

  6. Masukkan bihun yang telah direndam sehingga lembut.

  7. Gaul bihun sebentar. Kemudian masukkan sayur2an dan gaul sebati.

  8. Hidang mee siam bersama semangkuk kecil kuah. Bila nak makan baru tuangkan kuahnya.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All