Google+

oleh: daunpandan Donut kentang

Donut_kentang1

Kegemaran anak-anak saya.


Created on : 21-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi daunpandan




Bahan-bahan ( 14 biji (ikut saiz) )

  • 200 gm tepung gandum
  • 30 gm gula halus
  • 1/2 camca besar yis kering
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 camca teh dough softener
  • 1 camca besar susu pekat manis
  • 1 1/2 camca besar shortening
  • 1/2 biji telur
  • 3 camca besar kentang lecek
  • 1/2 camca besar minyak jagung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Campurkan air sejuk,telur dan susu pekat.Kacau rata dan ketepikan.
  2. Campurkan tepung,gula halus,yis,susu tepung,shortening,dough softener,bread improver dan gaul rata.
  3. Masukkan campuran air sejuk ke dalam campuran tepung.Uli hingga sebati .
  4. Masukkan kentang lecek dan minyak jagung.Uli dalam 20 minit (doh memang melekit ,tak perlu tambah tepung).Rehatkan doh 1/2 jam.
  5. Bila doh dah naik sekali ganda,bulat-bulatkan dan buat bentuk donat.Rehatkan lagi 1/2 jam.
  6. Goreng dengan api sederhana hingga masak.Toskan minyaknya,hiaslah ikut suka.

Tag

kuih-muih









Laporan Masakan Bergambar (2)

Dsc00736
22-05-2011
donut yang lembut dan gebu jerk.........sedappppp...
Laporan oleh: mass80
20130411_105239
11-04-2013
buat donut guna respi ni..berbaloi..lembut sesangat..cukup tuk sekali makan..
Laporan oleh: eyssa

Komen (16)

21-02-2008, mas7971 komen :

daunpandan....dough softener tu camne yer....ada nama lain ke....


21-02-2008, daunpandan komen :

Mas,nama melayunya pelembut roti.Saya guna brand NUR,beli kat pasaraya je.


21-02-2008, sofinar komen :

best2 mesti lembut yer


21-02-2008, ana2 komen :

donut+kentang,tak pernah cuba lagi


22-02-2008, lelayong komen :

Setahu lela kalau letak kentang donut memang lembut n sedap


22-02-2008, mas7971 komen :

tq daunpandan...semalam da servay supermarket pas abis keja....da jumpe da....ujung minggu nak terai nie......


01-08-2008, wan su komen :

donut kentang n kuih keria bkn samer ke...???


05-11-2008, Nenie komen :

tanye sikit....Emmm..pasal yis kering ni..boleh terus guna cam gitu je ke?Errrrkkk...Sbenarnya bila sebut pasal buat donut ni fobia sikit...Sblm ni dah berkali-kali buat (bkn resipi nilah)...tapi semalaman pun tak naik2 juga...ada yang kata yis tu kena rendam dulu dgn sdkt air sampai kmbang baru boleh digunakan...tapi sabab serik punya pasal sampai skrg pun saya tak pernah praktik cara tu...Bila tgk resipi ni tiba2 pula terbuka hati nak cuba lagi...Tapi sebelum tu mesti nak tanya pada yang expert dulu supaya sejarah lalu tak berulang lagi....


17-07-2009, Ekieyna komen :

dough softener = emplex ke?? sama ke??


17-07-2009, Ekieyna komen :

Wan su setahu sy la..donut kentang xsama dgn kuih keria..sbb kuih keria byk guna kentang dr tepungn fungsi kentang ltk dlm donut ni utk melembutkan donut tu jgk as i knew lol:P


17-07-2009, hanazmanis komen :

DONAT KENTANG MEMANG SEDAP DAN LEMBUT JER.....


12-01-2010, Raja Zarina Raja Othman komen :

nak cubalah anak-anak mesti suka.


11-01-2011, norhana adraai komen :

nti nk g TESCO kota damansara cari pelembut roti tu...tunggu hasilnya...


24-05-2011, lysithea elara komen :

saya nak tanya... 1/2 bji telur tu mcm mna? ambik telur putih n telur kuning skli ke? atau ambik yg putih shj atau kuning shja...?


28-05-2011, mass80 komen :

untuk lysithea elara, Mas tolong jawabkan yerk... 1/2 biji telur tu... elara pecahkan sebiji telur, pukul sedikit dan bahagi 2...harap dapat membantu....


18-11-2011, azizahmohdnasir komen :

dough softener untuk jadikan pau, donut atau roti lebih lembut dan emplex pula untuk buat biskut lebih rangup selalunya biskut london almond guna emplex.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd