oleh: cekmekmolek Daging Masak Special

Pic_0269-2

Tak tahu nak bubuh nama resepi ape..Resepi dari maksu ku..


Created on : 19-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4-5 0rang )

  • 3 ulas bawang putih
  • 4-5 bawang merah @ 1/2 bawang besar
  • belacan ( selebar 2 jari )
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 inci halia
  • 8-10 batang cili kering
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1 terung @ 3-4 bendi (sukahati)
  • 2 serai (diketuk)
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kerisik
  • sedikit air asam jawa (diperah dengan 1/2cawan air)
  • 2 cawan air (ikut selera) @ guna air rebusan daging
  • garam,perasa tambahan (jika mahu)
  • 4-5 sudu besar minyak masak
  • opps terlupa bahan yang utama...500g daging lembu (boleh juga diganti dengan ikan atau kepala ikan atau tulang lembu)

Cara-cara

  1. Semua bahan dikisar kecuali serai,kerisik,daun limau purut dan asam jawa.
  2. Daging direbus sehingga empuk,ketepikan..air rebusan daging bolehlah disimpan.
  3. Panaskan minyak,masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama serai dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa dan air @ air rebusan daging
  5. Masukkan daging,kacau rata. Masukkan garam dan perasa jika mahu. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan terung atau bendi. Kecilkan api dan tunggu hingga terung atau bendi empuk. Jika tak mahu kuah pekat bolehlah tambah sedikit air ikut selera masing-masing.
  7. Bila nak diangkat,bolehlah masukkan kerisik. Kacau rata...siap!
  8. P/s : Resepi ini sesuai juga digantikan dengan slice fish 2 fish fillet..tetapi hendaklah digoreng slice fish terlebih dahulu.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

19-02-2008, waza72 komen :

Macam cara masak nyer tu?....


20-02-2008, cekmekmolek komen :

soriler,sy dh completekan resepi ni..internet semalam x ok ler...


20-02-2008, rosnani komen :

waduh..nampak bahannye cam sopad aje...boleh cube ni.


20-02-2008, cekmekmolek komen :

cubela rosnani..sesuai untuk org yg suka makan pedas..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu