Google+

oleh: shafiqfarhan Udang Goreng Bersalut Telur

Pa100008-2

Masakan orang laut, masa buat 29 minit sahaja (terbukti sempat sebelum waktu berbuka), resepi daripada bakal mak mertua keduaku.


Created on : 11-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi shafiqfarhan




Bahan-bahan ( 1 - 2 Orang )

  • >> Bahan-bahan Utama <<
  • Udang besar 8 - 10 ekor yang siap dibersihkan (jgn buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya).
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu teh serbuk lada berperisa
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
  • >> Sos Pencicah <<
  • 4 biji cili merah besar ditumbuk/dikisar
  • 2 sudu besar gula ditumbuk/dikisar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk/dikisar
  • 1 sudu besar perencah udang bercili (Maggi)
  • 4 biji limau kasturi (boleh diganti dengan 1 sudu besar cuka)

Cara-cara

  1. Gaul udang dengan tepung ubi sampai sebati.
  2. Gaulkan serbuk lada, gula, kicap dan garam secukup rasa bersama telur.
  3. Setelah itu, campurkan telur dan bahan-bahan campuran tadi dengan udang yang bersalut tepung ubi. Gaulkan hingga sebati.
  4. Goreng satu persatu udang tersebut. Kalau nak ekspress, just tuang aje semuanya ke dalam kuali.
  5. Untuk penyediaan sosnya pula, bahan-bahan sos pencicah tadi ditumis dan masukkan perencah udang bercili Maggi. Kemudian rembeskan limau kasturi. Kacau sekejap. Itu saja!

Related Recipes









Laporan Masakan Bergambar (4)

Udang
12-10-2006
fuyoo.. sedaplah resepi udang bakal 2nd mak mertua ko ni shafiq. Tapi aku guna udang kecik je..abihkan stok..
Laporan oleh: kabuto

Ala kassim.... :p

Udang
15-10-2006
udang terlampau besar.. kurang ranguplah pulak.. lain kali nak try yg kecik sket mesti sedap..
Laporan oleh: yani

Sedang-sedang :)

Picture_1386
16-04-2007
semalam punyer lauk..best..family suke, tq
Laporan oleh: junjs11

Sama-sama :)

Img_2040
13-02-2008
dh ubah skit,tmbh oat.sedap,mengenyangkan.
Laporan oleh: hunny

Ada pembaharuan!! Bagus! Nanti sy try gak! :)


Komen (14)

11-10-2006, admin komen :

shafiqfarhan.. sistem yg saya buat ni banyak lagi kelemahan dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.. buat masa sekarang takleh lagi nak nak bold tulisan atau nak tambah html coding yg lain kat entry resepi tu.. harap maaf..


11-10-2006, shafiqfarhan komen :

TQ buat zul, my homemate... tolong gu'e kat dapur... dan buat korang semua... cubalah resepi nie... senang aje. Gu'e gerenti, memang sedap! :)


11-10-2006, atieacun komen :

nampak cam sedap jer.... nk cuba laa... klu da wat nnt sy bgtau kt sini ok..


17-10-2006, shafiqfarhan komen :

TQ buat kabuto dan yani... sporting bangat lu olang!! dan buat atieacun... jangan tak cuba... kalau boleh guna udang besar... kat sabah senang nak dapat udang besar... yang saya guna tu udang galah RM 15 sekilo, beli kat Tuaran... Murah seafood kat sini bah!!ekekeke


08-12-2006, suemeen komen :

tepung ubi tu nak bancuh ngan air ke????


14-04-2007, gee82 komen :

emmm...nmpk mcm menarik ajer..next time blh try..kat labuan ni seafood murah2 aje...


28-06-2007, widya komen :

nk cuba lh..nmpak cm sdap ja...udang da lg ni.. =p


17-09-2007, wahidayu komen :

emmmmmm sedap la bulan2 posa ni sedap ni kalau buat ;->


11-08-2009, anis1121 komen :

menarik..sedapp...yummy2...


09-09-2009, lizawati sallehuddin komen :

i will try it..


17-02-2011, ediezai8934 komen :

hai..saya baru je joint...kalau tahu ada web ni, dah lama joint...saya ni jenis yang suka sangat cuba apa2 jua resepi baru yang pastinya lazat dan sedap...satu petua nak pikat suami...saya pernah try buat butter prawn tapi tak jadi...frust gila...kalau ada sapa2 punya resepi butter prawn yg simple...plz share ek..nti saya try udang grg ni...thanks a lot...


16-09-2011, det_camnila komen :

sronok tol akhir nye jmpe jgk my favourite food ni...yummm..yummm.. lik jb nk try


03-10-2011, hasnizamuhamed komen :

salam,,syafik..akak dah cuba resepi ni tadi..memang tersangat laaa sedapppp....sebenar nya dah lama family kita org nie x masak udang coz dah jemu,,mlm tadi dah x tau nak beli apa,beli la jugak udang,,,, tapi bila cuba resepi nie..hhhmmm insyaallah akan buat lg...thanks...


15-11-2011, myzatul komen :

teringin nk buat. .:D udang un menanti di dapur uh. .


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu