oleh: onigiri Mee Kari Nyonya

P1050300

Resepi dr kawan


Created on : 16-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Untuk 4 orang Makan )

  • 1 kilo mee kuning
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/4 bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • beberapa tangkai daun kesum
  • sedikit daun kari
  • satu paket Fish ball
  • 3 cawan santan
  • 1 keping kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/4 ekor ayam di cincang kasar
  • sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.

Cara-cara

  1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa.
  4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu.
  5. rebus telur, celur sawi, mee kuning dan taugeh sebagai pelengkarp mee kari nyonya. rasa mee kari ni mmg lain dr yang lain dan tak muak bila memakannya. boleh juga ditabur sedikt bawang goreng. Selamat mencuba.

Tag

mee




Laporan Masakan Bergambar (1)

Picture_068
16-04-2008
mee kari..mmg senang resepi ni. tq..
Laporan oleh: junjs11

wah jun nampak sedaplah mee kari nyonya awak..klu dekat ni leh mintak sikit...thanks to jun jugak sbb sudi mencuba...


Komen (12)

16-02-2008, fatinz komen :

nampak sedap mee onigiri...cm senang je, nk cuba la............


16-02-2008, onigiri komen :

aa cuba jgn tak cuba, klu dah cuba mesti ingat sampai bila-bila hehehehe


16-02-2008, Ringo komen :

ishhh... lama tak makan mee nyonya. lapr la tengah2 mlm nih... :D


17-02-2008, obama komen :

tak payah buh santan erk? boleh makan banyak2 nih


17-02-2008, syahmi komen :

obama....tu kan ada 3 cwn santan...ahaa...xble le mkn bnyk2!!


18-02-2008, onigiri komen :

kak Hani, daun kesum yg saya guna buat mee kari ni dr Kak Hani lah...honto ni arigatou...klu takde daun kesum tak menjadi lah mee kari saya...


19-02-2008, adikabg komen :

mee kuning tue boleh tak ditukar ke meehoon?


19-02-2008, onigiri komen :

aa boleh sgt ditukar ngan meehon, rasa pun best gak..try lah ye, pastu klu ade laporan masakan lagi cun...


20-02-2008, ulfah irdina komen :

i baru je msk mee ni,bestlah tak berlemak sgt.betullah cakap u,bila mkn akan ingat sampai bila-bila..


21-02-2008, onigiri komen :

to Ulfah...mmg unik rasa mee kari ni kan..so klu senang2 boleh lah buat lagi ye....terima kasih kerana mencuba....


21-02-2008, meow komen :

waaa sedapnya.. bilala nak cuba nih


10-07-2008, alma_82 komen :

nmpk mcm best nak try buat la


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu