oleh: NisaMPB Tat Mini Buah Peach

P1040830_copy

Resepi dr geng masak2 juga. Kalau nak tahu sedapnya, mesti cuba.


Created on : 13-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Anggaran dlm 40 biji saiz mini )

  • 250 gm butter, suhu bilik
  • 120 gm gula ising
  • 2 biji kuning telur
  • 440 gm tepung gandum, diayak dahulu
  • 1 tsp esen vanilla
  • Inti Kastad: 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega
  • Buah Utk Hiasan: Peach dalam tin, dihiris ikut suka (atau apa2 buah yg berkenan d hati, asalkan jgn buah derian sudah haa)

Cara-cara

  1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
  2. P1040801_copy
    Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.
  3. Panaskan oven pada suhu 175C.
  4. Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
  5. P1040804
    Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
  6. Cara Membuat Inti Kastad: Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
  7. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
  8. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
  9. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
  10. P1040809_copy
    Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
  11. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart.
  12. P1040825_copy
    Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)

Tag

tart




Laporan Masakan Bergambar (2)

Img_2794
18-02-2008
dah byk kedai cari buah peach tak jumpa... jumpa buah kiwi jer.. jd le kiwi tart
Laporan oleh: syahnina

sya, buah peach semunyi dlm tin lerr sbb tu sya tak jumpa ahak! jadi lah dgn buah kiwi, dap gak! thanks for trying dek!

Picture_099
18-06-2008
Dah cube dan menjadi.Sedap dan simple.Anak2 suke lebih2 lg tang kastad.Saya bukan x jumpe buah peach tp lupe.Jadi tepek ajelah coklat cip kat atas tu.Asalkan berhias...thanks 4 lovely recipe...
Laporan oleh: sofieza

Komen (16)

13-02-2008, mrsdayat komen :

amboi..comei sungguh..bak sebijik-2..


13-02-2008, NisaMPB komen :

ambuii nani lawa sanggul. nah amek ni 44 biji k.nis huluq!


13-02-2008, tulip77 komen :

ala comeinya...nnt ada masa nk try la :)


13-02-2008, yanns4 komen :

kak nis, sedappnyee..byk jgk ek dpt..40 eh..br first time nk try..hehe


13-02-2008, ishikawa_ayumi komen :

quoted: "Resepi dr geng masak2 juga. Kalau nak tahu sedapnya, mesti cuba HULUR2 kt kwn2 dlu". keh3. aci x akk carry? heh. pis brader B-)


13-02-2008, syahnina komen :

nampak menyelerakan... kena beli acuan dulu baru bleh try...


14-02-2008, NisaMPB komen :

tulip ni saper ek? lupa lah pulak hehe...yanns: lebih kurang camtu lah terpulang pd tebal/tipis tepung adunan nya. adek carry: ahak ahak peace to you too, aiik bila pulak knis btukar jadi jantan? (pis brader??) syahnina: bli acuan baru leh hands on :)


18-02-2008, syahnina komen :

thanks k.nis for the recipie.. member opis semua puji.. soh bukak bakery....


27-02-2008, putri ledang komen :

dulu saya pernah buat tapi gunakan tpg kek..memang jd tp agak rapuh dan mudah hancur..adakah sebab saya guna tpg kek?


28-02-2008, NisaMPB komen :

putri (ambuii putri ledang dah pandai mkn tat ek), tepung cake ni punyai fungsi kanji yg tinggi & membuatkan endingnya halus & lembut.


28-02-2008, NisaMPB komen :

(lom abes komen laeii)...therefore dia di spesifikasikan sbg


28-02-2008, NisaMPB komen :

alaa...lom abes komen dah topecet lagi, phuiii...so dia d spesifikasi kan sbg lembut & ringan. tak penah pulak dgr tat dibuat dr tepung kek, satu pembahruan. putri leh cuba yg ini...tak apa jgn cepat putus asa, try & error.


23-03-2008, norre komen :

dah buat semalam, sedap sangat, hb puji! sesuai untuk b'day party. thanksss nisaMPB.


21-04-2008, umida komen :

elo nisa..nak tanya la, boleh tak i buat pastry (dlm quantity yg banyak..) n simpan dlm airtight container? mayb dlm 2 days later baru buat filling n hidang untuk apa2 majlis...menanti jawapan anda... ;-) thks nisa


21-04-2008, NisaMPB komen :

salam umida, boleh saja jika ingin buat early than é day tapi u kurangkan masa membakar selama 15min instead of 20min & tunggu hingga benar2 sejuk baru lah letak d dlm telap kedap udara. cadangan yg bernas ialah bila tiba masa u nk pakai shell ni, u BAKAR lah SEMULA dlm 7min lagi supaya ia akan menten kegaringannya, selepas ia sejuk barulah letak intinya. proses membakar semula shell tat ini dgn jumlah yg bnyk mmg gengsi (senang) sekali donk!


03-05-2008, umida komen :

thks nisa for ur reply...insyallah bila da buat nanti i sent u the laporan k...:-)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu