oleh: sofinar Roti Benggali

Rtbenggali

Kalau pekena dengan kari mamak nasi kandar kat penang ni memang terangkat


Created on : 12-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • Bahan A
  • 350g tepung roti
  • 1 sudu besar shortening
  • secubit garam
  • Bahan B
  • 120 - 160 ml air suam
  • 1 sudu makan yis serbuk
  • 2 sudu makan gula castor

Cara-cara

  1. Bahan B digaul bersama
  2. Semua Bahan A digaul sebentar
  3. Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
  4. Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
  5. Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
  6. Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
  7. Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.

Tag

roti




Laporan Masakan Bergambar (6)

Roti_benggali
27-02-2008
kenyang betul makan roti nih :)
Laporan oleh: tulip77

sekarang ni orang melayu buat jd roti melayu lah yer, tq for trying, tahniah kerana kekenyangan

Image001
04-07-2008
pertama kali buat roti...tak sangka jadi..gebu plak tu..ni kalau makan cicah ngan kuah durian memang sedap..tq sofinar
Laporan oleh: quinnie

tima kasih quinnie atas percubaan anda, salam perkenalan juga... rajin la awak mencuba resepi baru ye..., salam perkenalan .... ada alamat email? email saya sofinar@yahoo.com

Roti_benggali
06-07-2008
mmg best roti ni, tambah lg bila cicah dgn kuah gulai, adusss best bangat!!
Laporan oleh: nor_67

tahniah knor... cantiknya nampak

Picture_776ddf
07-07-2008
ni la roti ku...tq sofinar
Laporan oleh: junjs11

kjuns yang pandai masak cuba resepi ku... tima kasih ... kalau org pandai masak buat apapun cantik, lebih canti dari roti saya

Bun
08-07-2008
Cari loaf pan tak jumpa, jadi bulatkan cam bun. Jadilah Bun Benggali.
Laporan oleh: hazila

wow cute gitu...tahniah

Dsc03702
08-07-2008
versi ku .. untuk dicicah ngan kuah kurma ayam ... tQ sofi
Laporan oleh: yatiezaini

minggu rotibenggali ye... minggu ni, tahniah kyatie


Komen (8)

15-02-2008, mrsperfect komen :

sofinar, camna nak dapatkan warna keperangan kat atas roti tu yer?


15-02-2008, ana2 komen :

mrsperfect,cuba biarkan roti dalam oven selama beberapa minit.cara ni boleh jadikan roti jadi perang


18-02-2008, che'iza komen :

kalau pakai tepung gandum biasa dia jadi gebu mcm tu gak tak?


03-03-2008, tulip77 komen :

i pakai tepung gandum jek... tp mmg kena tambah emplex & bread improver nk bg lembut :)


02-07-2008, quinnie komen :

sofi i dah try buat roti ni...memang gebu...gambar dah tangkap tapi bluetooth ni pulak buat hal...nanti i letak kat laporan masakan...


05-07-2008, quinnie komen :

boleh berkenalan....apa salahnya...nanti saya hantar mail kat awak...hehhehe..


07-07-2008, Safiza komen :

roti ini cicah kuah kari sedap....


07-07-2008, shartiyah komen :

memang sedapla roti ni...kalau nak tahu,inilah resepi roti pertama yang saya buat...Husband minta belajar buat yang simple-simple dulu...bila menjadi baru buat yang lain....Emmmm,hasilnya my husband puji dan kata ...memang sedap...saya buat makan petang cicah dengan sambal sardin...Fuhhhh! Terangkat juga!!! Anak-anak pun makan banyak juga... Thanks sofinar


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu