Google+

oleh: skyblue Tuna Puff

Tunapuff

Senang dimasak, sedap dimakan!


Created on : 10-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi skyblue




Bahan-bahan ( 12 Puff )

  • 2 keping Puff Pastry
  • 1 tin Tuna (ketulan dlm minyak/air)
  • 1 biji Bawang Besar (dicincang)
  • 1/2 cawan Jagung (dlm tin atau frozen)
  • 2 sudu besar Mayonnaise
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • 1 biji telur (dipukul dgn sedikit susu segar)

Cara-cara

  1. Buangkan minyak/air dalam tin, tuangkan tuna ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukan bawang besar yang dicincang, jagung, mayonnaise, garam and lada hitam. Kacau hingga rata dan ketepikan.
  3. Puff pastry dipotong dan dibahagikan 6 keping.
  4. Isikan satu sudu besar tuna ke atas pastry. Lipatkan pastry dan tutup hujungnya degan garpu. Ulang sampai habis.
  5. Sapukan puff degan telur. Bakar puff pada suhu 200C selama 20minit.

Laporan Masakan Bergambar (20)

Tunapuff
16-10-2006
memang senang dimasak! sedap dimakan!
Laporan oleh: yani

Lain kali boleh cuba dgn inti lain pula.

Tuna_puff
29-12-2006
memang mudah... sediakan inti je... pastry beli kat kedai hehehe
Laporan oleh: umi_e

I salalu ada pkt puff pastry tu kat freezer. Bila tak tau apa nak masak buat je puff.

Tuna_puff
29-12-2006
saya dah cube...tp try btk 3 segi lak
Laporan oleh: imanazyan

Eh... bentuk 3 segi tu lebih sedap ke? nak try juga... hehe

Img_0261
28-02-2007
1st time buat tak berapa cantik. Buat mlm nie utk breakfast esok.
Laporan oleh: Noreen

ok lah tu... most impt sedap!

Cimg1670aa
11-03-2007
resepi yang mudah... senang jek.. inti ini i ubah suai sedikit tapi sedap gak dimakan. thks for info
Laporan oleh: princessharyati

memang senang nak buat... inti apa yati buat eh?

Tuna
04-04-2007
Tak jumpa juga cari puff pastri tu sky. Terpaksa guna popia pastri. Tapi sedap juga, rangup gitu!!
Laporan oleh: sitiazma

mesti sedap ni... nanti i nak cuba dgn kulit popia pula.

Copy_of_imgp3717
05-12-2007
mmg yummy la skyblue!! ni 2 weeks lepas buat, baru nak letak pics!
Laporan oleh: tuberose78
Pic_114_
09-05-2008
hot from d oven.. breakfast pagi tadi.. sedap lah! hubby kata sama macam yang beli kat bakery.. tQ!
Laporan oleh: azwalissa
Puff
22-06-2008
saya guna roti canai segera. inti potato n ayam..macam inti karipap tu. sedap!thanks mama sky..
Laporan oleh: qirah75
Dsc02137
11-03-2009
mudah & sedappppp......
Laporan oleh: iezamel78
Dsc01295
28-03-2009
Penyediaan yg mudah, pas ni dh xyah beli kat kdai..tq
Laporan oleh: umiey_83
Sg_petani_279
12-02-2010
memang mudah. sodap pulak tuu..
Laporan oleh: lindaoon
Tuna
03-12-2010
tima kasih di atas resipi yg senang dan sedap ni.. dah byk kali wat...
Laporan oleh: yasminhumaira
Dsc_0150a
07-12-2010
selalu buat utk breakfast n bekal hubby ke office. senang n sedap...
Laporan oleh: erynnzul
Puff
22-12-2010
buat byk kali da, kekadang inti kentang sardin, daging @ ayam. Fav family...
Laporan oleh: dapurnanie
Puff_daging_berkentang__2_
21-04-2011
Saya guna inti kentang..ala-ala inti karipap..jimat tenaga takyah buat doh lagi
Laporan oleh: Nenie
Dsc09968
17-12-2011
saya letak inti kari ayam...mcm inti karipap..percubaan pertama menjadi...alhamdulillah
Laporan oleh: umi.83
063
27-12-2011
1st time wat...dah lama tp bru htr laporan...tak berapa cantik tp sedap..
Laporan oleh: cute cupcake
20120224_035435
24-02-2012
thanks for the resepi mmg mudah, cepat dan mengenyangkan....
Laporan oleh: nananina
Dsc00217
13-12-2012
puff tuna ku...
Laporan oleh: jun75


Komen (25)

11-10-2006, EIMA komen :

Skyblue saya ni baru nak berjinak2 ke dapur jadi saya nak buat special untuk ibu saya bila bangun sahur,tapi saya tak tahu lah satu tu(puff pastry) mana nak dapat kan benda tu atau ada namanya yg paling senang tak tolong......:-(


11-10-2006, skyblue komen :

Hi Eima, puff pastri boleh beli kat supermarket. Cuba cari kat makanan beku... (frozen food section). Kalau nak buat puff pastri tu susah sikit, sini resipi http://www.ibiblio.org/expo/restaurant/techniques/pastry.html


11-10-2006, lelayong komen :

skyblue..nampak menarik, nanti boleh cuba..slurrppppppp


11-10-2006, skyblue komen :

lelayong, kalau ada tuna & telur terlebih jgn buang... masakan telur goreng dgn tuna. sedap!!


11-10-2006, chikeeblack komen :

sek baik eima dah tanaya saya pon baru berjinak dengan dapur gak.... saper2 tahu cara masak italian..boleh lah syer resepi........


13-10-2006, riena komen :

nampak mmg menarik sangat. Tapi pegi cari puff pastry kat frozen food tak de la pulak. Kulit popia ada la...


06-11-2006, merpati66 komen :

Riena kalau tak jumpa puss pastry tak aper , beli ajee roti canai segera , method nya sama jugak...visit my photopages at http://merpati66.fotopages.com kat situ ada buat roti canai tuna bakar...


12-11-2006, musliha komen :

puff pastry tu tentu ada brand.. apa namanya ek.. kat tesco ada jual tak? guna roti canai segera tu saya dah try tapi tak menepati citarasa saya laa.. bila bakar rasa dia tak rapuh .. kot saya tak pandai buat agaknya. nak try yang ni pulak..


11-12-2006, skyblue komen :

Musliha... sorry... tak tau pula apa brand yg ada kat Msia. Sesiapa yg tinggal kat Msia tolong lah jawab. Thks.


11-12-2006, mutiarazura komen :

Saya pernah buat puff sardin and apple pie, resipi lebih kurang ni guna roti canai segera sebagai kulit pastry. Setakat ni cuma brand Springhome yang sesuai.


12-12-2006, F&N komen :

Sy br je beli puff pastry kat tesco kajang.Jenama kawan,tu aja yang jumpa.Harga lebih kurang RM4.Satu paket ada 10 keping.Tapi saiz dier kecik je.Besok sy ltk gmbr,k.


12-12-2006, Zianah komen :

Saya dah buat masa open house raya ari tu, ramai yang puji sedap.Saya gantikan intinya dgn mushroom,kentang & ayam.Kulit pasri kat UK senang dicari.Kalu balik Msia nanti kena cari alternative lain.


12-12-2006, Zianah komen :

Saya dah buat masa open house raya ari tu, ramai yang puji sedap.Saya gantikan intinya dgn mushroom,kentang & ayam.Kulit pasri kat UK senang dicari.Kalu balik Msia nanti kena cari alternative lain.


12-12-2006, skyblue komen :

Kat sini (Aust) pun senang dicari puff pastry tu. Saya juga pernah buat puff kentang, dan puff lain-lain. Eg. sardine, ayam dgn sos putih (inti pot pie). Puff pastry juga boleh diguna utk millie feuille (french dessert). http://skydchef.blogspot.com/2005/10/millie-feuille-thousand-leaves.html


18-12-2006, imanazyan komen :

wah!... bole cube resipi ni pulak lah, pakai puff pastri jenama kawan mcm resepi F&N apple pie tu kan..


29-12-2006, umi_e komen :

ermmm hari ni buat untuk sarapan sebab kebetulan ada puff pastry... memang senang pun... nanti dpt upload gambar I tempek kat laporan ok... ada prob ler nak upload... my PC ler...


23-02-2007, athirah komen :

mcm mana nka masukkan resepi dalam web ni saya orang baru....


15-05-2007, eleven komen :

athirah : mula2 awak login n click `tulis resepi baru`...pastu,type nama resipi,penerangan dn berapa org makan...pas dh siap,click create..nnti u ada nampak `upload gambar`....u click kt situ kalau ada gmbr resipinye...pastu,click kt tambah bahan...nnti nampak `Klik di sini untuk isi bahan`...u click kt situ...satu kotak click utk satu bahan saje....sama je ngan cara2...satu ayat cara2 untuk satu kotak click...


07-01-2009, chomeylbooboo komen :

kalau guna resepi kulit crepe utk ganti puff pastry tu ok x erk?


28-03-2009, umiey_83 komen :

guna kulit roti canai segera jenama kawan, tp still gempak resultnyer...nk tanya cam na rupa puff pastri ni?


10-07-2009, beehivenababy komen :

x bakar,tp goreng boleh tak??im a student.xde oven kat umah sewa;(


14-01-2010, gmail komen :

kat malaysia kalau nak cari puff pastry ni kat supermarket banyak tapi kalau xjumpe gak, cuba cari kat kedai yang jual bahan2 kek... kat situ lagi murah dan cheese kat situ pun murah. saya pun teruja nak cuba resepi ni..baru join.


17-12-2010, geumjandi komen :

kalo bakar, hasilnya sama x?


17-12-2010, cikmar komen :

puff pastry jenama kawan sedap...


29-04-2011, zowana komen :

skyblue..sya br nk jinak2 wat kuih2 ni...tuna puff ni goreng boleh x....nampak mcm sedap n simple jer....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd