oleh: sue_cardiff Macaroni Bakar

No picture

Sesuai untuk open house


Created on : 05-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sue_cardiff




Share


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 bungkus makaroni (apa-apa jenama pun ok)
  • 1 bungkus daging kisar Ramly
  • 2 labu bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 5 -10 biji cendawan butang putih. kalau yang dalam tin tu, agak-agak. shitake tak berapa sedap. masam sikit.
  • santan (1 biji) = 1 kotak santan segera
  • 8 biji telur
  • 3 sudu serbuk cili. Kalau nak pedas kena tambah lagi lah. ikut kesesuaian tekak.
  • sediki daun sup dan daun bawang
  • garam ikut kesesuaian
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Rebus macaroni dan masukkan sedikit garam untuk mendapatkan rasa serta minyak.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu.
  3. Setelah naik bau, masukkan daging kisar dan serbuk cili.
  4. Masukkan santan dan biarkan daging sebati.
  5. Setelah itu masukkan macaroni yang telah masak, ditos dan disejukkan kedalam kuali yang mengandungi daging itu tadi. Jangan lupa masukkan garam, mushroom, daun bawang dan daun sup.
  6. Setelah masak, biarkan dahulu. Sediakan oven untuk membakar. Dalam masa yang sama pukul telur dan sedikit garam.
  7. Campurkan macaroni yang telah dimasak dengan telur yang dipukul di dalam oven. Bakar suhu sederhana.
  8. Sedap makan begitu sahaja atau dengan sos. Saya suka kalau dengan tabasco.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu