oleh: nor_67 Kek pisang bercoklat

Kek_pisang_bercoklat

resepi asal (tanpa coklat) dr sis tp dah ditokok tambah sikit supaya ada kelainan dari resipi kek pisang yg lain


Created on : 04-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )

  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
  10. Selamat mencuba..

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (2)

Image235
08-02-2008
best....tp kenape x berseri mcm kek kak nor...lg satu kureng naik ler kek sya buat nie...
Laporan oleh: myzaza_ez

Alhamdulillah ada juga yg sudi mencuba resipi ni.. takper tak berseri asalkan rasanya sedap.. cuba lagi insyaallah yg akan datang akan lebih baik lg.. :)

Dsc00475
13-02-2008
hemmm mmg sedap, variasi pisang + coklat, best mkn masa pns2 rasa coklat dia hemmm. tq kak nor
Laporan oleh: Aziemas

tq azie kerana mencuba..memang sedap makan panas2..


Komen (10)

04-02-2008, nor_67 komen :

Sekiranya menggunakan pisang yg agak ranum/masak, bolehlah dikurangkan sedikit sukatan gula supaya tidak terlalu manis.


04-02-2008, taktau_masak komen :

nor..kek nih selain di bako leh kukus taK?? tulong jwb..tq.


05-02-2008, nor_67 komen :

taktau_masak, minta maaflah sy tak pernah pulak kukus kek ni..mungkin boleh kot.. mungkin kek akan lebih moist kalau dikukus.. kalau dah cuba tu, bagitau mcmna hasilnya.. boleh dikongsi bersama yg lain.. TQ


05-02-2008, rosz komen :

knor, napa kena tutup....


05-02-2008, nor_67 komen :

rosz, tutup tu sbb tak mau bahagian atas tu hangus, sedangkan kek tu belum betul2 masak lg kat tengahnya.. tp kalau kek tu dah masak rata dan tak hangus bila cukup masanya tak perlulah tutup.. erk faham ke tidak nih..


06-02-2008, sofinar komen :

Knor kalau bubuh coklat urai ok dak?


06-02-2008, nor_67 komen :

sy tak pernah lg guna coklat urai.. tp boleh rasanya nak cuba letak.. dia pun still coklat kan.. cuba lah pastu paste kat laporan masakan ya..


10-02-2008, myzaza_ez komen :

insyaallah nanti saya nak try buat agi...smpai menjadi kek nie...


18-06-2008, rosshi komen :

kenapa..kek ni cara masak dia kena tutup ke loyang tu?...amber x paham ler...leh tolong jawab x... minat nak wat lagi resepi kak nor nie...


18-06-2008, nor_67 komen :

roshhi, maksudnya gini.. mula2 kita bakar cam biasa. pastu bila cukup masa/hampir2 cukup masa kita test kek tu, bahagian tengah tu cam belum cukup masak, sdgkan bahgian atas kek dah garing. so tu yg kita tutup loyang samada dgn tudung periuk or aluminium foil tuk tak nak atas kek tu hangus. tp kalau masa test tu kek dah cukup masak, tak yah la tutup.. harap faham dgn penjelasan nih.. thanks


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu