Google+

oleh: nure Jelatah perantau

Img_0168

mungkin juga dipanggil jelantah@acar..di pantai brt selalu ada ms kenduri kahwin


Created on : 10-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nure




Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.









Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc01007
24-03-2008
heheheh versi azie, sedap gu ngan nasi tomato & ayam msk merah yum yum sedap, simple lak tu. tq
Laporan oleh: Aziemas
Dscn1419
17-07-2008
Memang sedap...saya tambah gajus tumbuk (tapi tak nak hancur sgt) sebab kacang tanah takde..Ni nak pi pekena dgn nasi beriyani yg dah masak tadi...Thanks
Laporan oleh: idaisma
Dsc04758
11-06-2013
nie versi zila...sedap! tq nure..
Laporan oleh: k.zila66

Komen (7)

10-10-2006, nure komen :

jumlah timun, carrot dan lada yang digunakan ikut citarasa masing2.kalo suka nk letak byk pun ok. Cuka tu kalo tak suka letak byk boleh la dikurangkn..selamat mencuba!


10-10-2006, yani komen :

nure.. betul lah.. org pantai timur panggil acar... pernah mkn yg org lain masak.. ada letak kacang tanah.. memang rasa sedap.. tak tahu pula cara buatnye senang je.. macam acar.. ok nanti nak try la..


11-10-2006, nure komen :

cuba jgn tak cuba..hehe


16-01-2007, cik_ct komen :

kami kalau kat mesir ni tu la yg paling mudahnya. cuma kat cni ssh sket nk dptkn nenas jadik kami tuko ngn limau cni (macam limau sunkist tu), kira jadik la. cemtu jgk kalau wat pajeri nenas, ganti je ngn limau. bila pk2kelako gak tp da xde bhnnya, rembat je.


16-01-2007, umi_e komen :

cik_ct... kalau susah nak dapatkan nenas segar - boleh ganti dengan nenas dalam tin... rasanya nenas dalam tin boleh dan mudah didapati di mana2 pun... rasanyapun ok sebab saya rasa tak banyak beza kalau sudah di masak...


28-03-2008, Aziemas komen :

mmg sedap...fresh lg


28-03-2009, theDoctoRzz komen :

klau gune apple vinegar jd x?? hihihihi


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd