Google+

oleh: fieza_fwwt Cendawan & brokoli goreng sos tiram

032

Di ubahsuai dr majalah KELUARGA. Kalau ikut resepi asal cuma cendawan je & letak sos barbeku. Nama resepi dia pun cendawan goreng sos barbeku.


Created on : 01-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi fieza_fwwt




Bahan-bahan ( 4 org )

  • 200 gm cendawan butang (guna yg dlm tin pun blh jugak)
  • 200 gm brokoli
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1-3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • Minyak utk menumis
  • Sedikit air - jika ingin berkuah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali & tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan lada hitam, kicap manis & sos tiram. Kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah menggelegak sedikit, masukkan cendawan diikuti brokoli. Kaup balikkan. Jangan terlalu lama hingga brokoli menjadi layu.
  5. Sedia utk dihidang. Sedap dimakan ketika masih panas.

Tag

sayur









Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc02553
28-01-2009
senang dan sedap
Laporan oleh: atie08

Tima kasih atie08 sbb sudi cuba resepi yg simple ni.

Brokoli_cendawan_sos_tiram_picnik
21-06-2011
sedap ^_^ tq for the resepi~
Laporan oleh: zachoes

Thanks sbb sudi cuba resepi ni.

Sotong___cendawan_bersos_tiram__1_
15-12-2011
Salam..Ni versi yang telah diderhakan dengan meletakkan sotong menggantikan brokoli..Dan untuk cendawannya saya gunakan eryngii mushroom...Hasilnya amatlah sedap dan memikat selera..Thanks sudi share resipi kat sini
Laporan oleh: Nenie

Komen (5)

01-02-2008, tulip77 komen :

oh fieza...mentang2 lar skang nih brokoli melambak2...heheheh


02-02-2008, fieza_fwwt komen :

Hehehe....ni juadah berbuka puasa minggu lps. Geram tengok cendawan & brokoli kat kedai tu. Sekejap je licin walaupun yg mknnye cuma 2 org je.


15-02-2008, waza72 komen :

Saya suka cendawan...letak byk2 pun tak pe...lagi ummmmphhh


23-10-2008, faarleez komen :

dah cuba buat,tp gantikan brokoli dgn carrot,sedap sgt dan simple je...husband pun puji........


16-04-2009, Atiqah komen :

hehe ne yg kite selalu buat neh - asik2 taruh sos tiram. bilang kat bf, rahasia


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd