Google+

oleh: Mat Gebu Kuih Bakar Jagung

Step_by_step_898

Sedap, lemak dan harum, khazanah resipi dari blog "Rozzan"....


Created on : 29-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Bahan-bahan ( Jumlah bergantung pada saiz acuan. )

  • 250 g tepung gandum
  • 230 g gula pasir (mat guna 180 g je)
  • 400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak)
  • 200 ml air
  • 4 biji telur gred A
  • 1 tin cream style corn
  • 2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan)
  • 1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh je)
  • 3/4 camca teh pewarna makanan kuning
  • 1 camca teh serbuk vanillin ( mat guna esen vanilla jee)

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil (seperti acuan baulu, mcm dalam gambar diatas), bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.

Tag

kuih-muih









Laporan Masakan Bergambar (5)

Kuih_bakar_jagung
11-07-2008
memang sedap.. lemak dan manis yg sedang2 jer..
Laporan oleh: nor_67
Kuih_bkr_jagung_mt_gebu
20-12-2008
mmng sedap dan lemak manis...
Laporan oleh: kak fida
18082009098
19-08-2009
buat dalam loyang aje..sbb x brape rajin..hehe
Laporan oleh: junjs11
P1000151
13-04-2010
Kuih bakar jagung best sangat,suami siap bawak gi opis..tq en. mat..
Laporan oleh: amiez150
Pic
30-05-2011
Ni kuih bakar jagung yang saya buat semalam.. lemak, manis dan sedap.. terima kasih CMG & Bro Rozzan!
Laporan oleh: LynnSham

Komen (15)

29-01-2008, AlongRoz komen :

Molek sungguh kuih Cik Mat ni. Along minat bentuk bujur yg no.2 dari kiri tu. Nampak mudah je resipi ni, nanti leh try.


29-01-2008, Mama chombi komen :

Wooo cik mat ni memang lah terror betul. Nampak cun betol kuih tu. Insya'allah akan ku cuba jua..


30-01-2008, Itarossi komen :

Wah! cik mat. Tangan U mmg bsenilah. Resepi biasa2 je dapat kat tgn U mmg perfect punya! Kreatif! mcm rspi Rose tart dr mamafami tu.. k.ita tgk U buat lg cantik dan kemas dr dia punya. Keep it up! (dah ada calon ke..?)


30-01-2008, ummi ainul komen :

nampak sedap tapi boleh tak kalau tak nak bakar sebaliknyer nak kukus jea.


30-01-2008, Mat Gebu komen :

Terima kasih atas komen2 membina puan2 semua..ahakss...kalau ada yg lom kawin tu minta maaf yeaa... Ummi, mat rasa kan kalau kukus pun ok kot...jadi mcm kuih talam kan, ummi cuba buat sikit dulu, 1/2 adunan kaa dan tgk hasil dia mcm mana...nanti bagi laporan yeaa....


30-01-2008, mas7971 komen :

terliyur nmpak kue ni....sedap bah...tengok gambarnya .......nti mas try weekend....


04-02-2008, rosnani komen :

sedapnye....tentu bau wangi masa tgh bakar tu kan?? boleh cube ni....


09-10-2008, memmetlenggeng komen :

cik mat ni mana dia pegi, lama betul tak dengar citer dia ngan resepi-resepi baru...


26-01-2009, mardi komen :

x gna jgung ke?


26-01-2009, mardi komen :

poning


26-01-2009, as75 komen :

salam mardi.. cuba baca betul2 kan che mat ada tulis '1 tin cream style corn'..baca betul2 ya.. harap x pening lps ni..


09-04-2009, Teratai Desa komen :

mcm nak cuba je ..loyang mak pun tak di guna pas beli...


18-12-2009, aidaliza komen :

mat.. lama x dgn cite.. x de resipi baru lagi ker?


23-11-2011, maznahh komen :

pergghh..resepi nie mesti di cube... tgok ramai da berjaya mencube..


18-05-2013, Snur komen :

Salam CMG,hr ni 2 rspi i buat.1 ant nya kuih bakar u ni..mmg sape x cuba rugi!lemak&manisnya mengikut sukatn yg di beri mmg mengena..TQ sher rspinya..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd