Google+

oleh: dilanahar Gulai kari ayam

Kari_ayam

resepi mak mertua, cubalah....sedap hingga menjilat periuk!!! terangkat abih!


Created on : 29-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dilanahar




Bahan-bahan ( makan 2 orang, mestilah bersama yang tersayang )

  • ayam 1/2 ekor - dicuci terlebih dahulu dengan asam keping dan garam. perap lebih kurang 10 minit utk hilangkan bau hanyir
  • 1 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 1 inci halia - dimayang halus
  • daun kari 2 tangkai - dibuang tangkai terlebih dahulu
  • rempah kari 3 sudu - jadikan pes, bancuh rempah kari dengan segelas air
  • santan 1/2 biji (saya suka guna sedikit sahaja santan untuk menambahkan rasa kari)
  • asam keping, secubit garam & gula
  • kisar 7 tangkai lada kering (ikut suka nak pedas atau tak)
  • 2 biji kentang

Cara-cara

  1. tumiskan bahan yang dimayang dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau
  2. kemudian, masukkan pes kari bersama dengan cili kering yang dikisar. tunggu sehingga rempah kari betul-betul masak. sekiranya kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar kari tidak hangit. tunggu sehingga kari/cili masak
  3. masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut
  4. masukkan santan, asam keping & secubit garam
  5. tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan

Tag

ayam








Laporan Masakan Bergambar (4)

Kari_ayam
29-11-2008
Try bt kari ayam versi dila ni utk menu lunch arini...
Laporan oleh: Mama Adam
Kari_ayam_myr
10-12-2008
akak masak gulai ni utk mkn bersama puri kentang...sedap sekali..tq dila atas resipinye.... :)
Laporan oleh: kak fida
P1000579
22-05-2010
resepi mak mertua u mang sedap r...thanks dilanahar, hubby i makan sampai licin...i guna cili giling ganti cili kering yg dikisar...tercair sikit, next time nak cuba lagi..
Laporan oleh: syina75
120711_kari_ayam
28-12-2012
menjilat jari. heheh. tp xleh mkn slalu ;)
Laporan oleh: moonbug

Komen (14)

23-11-2008, <%> komen :

klu dtmbahkan dengan sedikit rempah kurma dan sedikit serbuk kunyit dlm bancuhan kari lagi terjongket.tapi jangan kuahnya terlalu cair.cubalah


23-11-2008, nami komen :

tanya boleh kan ... Boleh tak lada kering diganti dengan cabe merah segar ..??.


26-02-2009, yatiis komen :

nak masak untuk 90 org makan dgn pulut kuning berapa ekor ayam kalau dipotong kecil-kecil ?


02-07-2009, amriez komen :

huh... perut sudah berbunyi, nak try nihh...


02-12-2010, siti_rizal komen :

emmm ari ni nak try masak utk suami.. hheehe


15-02-2011, kikkapo78 komen :

masa tgh taip ni...kari lum masak...atas periuk lagi...takut sebab hsbd suruh bagi mak mertua skit...ya allah...mudah-mudahan jadik..puhhhhh


14-03-2011, noraini asyiqin komen :

kenape x msukan kerisik? bukan ke kari kena msukan kerisik


05-04-2011, Hafizah84 komen :

gulai kari ayamku jdk... tq for sharing.. boleh jg cuba msk bunga lawang,kayu manis n bunga cengkih ms tumis bsm bawang..dan saya guna serbuk cili bersama rempah kari jd pes... boleh cuba.. sharing is caring ^_^


20-07-2011, azrazad komen :

NICE....


04-08-2011, anna85 komen :

asam keping boleh ganti ke dgn asam jawa?


24-08-2011, eida4869 komen :

xpayah masuk rempah 4beradik ek...??


13-09-2011, Inaniana komen :

apa pulak beza 'kari ayam' dan 'gulai ayam'......tak sma ke?


06-12-2011, N.jashreen81 komen :

kalau nak masak mee kari, rempah kari ikan ke atau rempah kari daging yang sesuai?


19-12-2011, nana_farina komen :

nampak sedap..mesti cuba utk menu lunch hari ni.. =)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu