Google+

oleh: rahman bestari Kek Pilih Kasih

Dsc07076

kek lama sarawak yang tidak berlapis (untuk pengetahuan pembaca, tidak semua kek di sarawak itu berlapis) harap maklum


Created on : 28-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rahman bestari




Bahan-bahan ( untuk dimakan sekeluarga pada bila-bila masa )

  • 16 oz mentega golden churn
  • 10 biji telur ayam
  • 1 tin kecil srikaya
  • 1 botol kecil horlick = ( satu paket kecil 200gm)
  • 1/2 tin susu manis
  • 1/2 kg bijan - digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. (siapa yang tak gemarkan terlalu byk bijan boleh kurangkan)
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 2 1/2 gelas kacang tanah - digoreng tanpa minyak sehingga agak hitam dan isi kacang masak, kemudian dibuangkan kulit kacang sehingga bersih sebelum ditumbuk agak halus atau dikisar
  • 1 1/2 gelas gula halus
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 gelas tepung roti (biskut) marie
  • 6 sudu besar milo
  • 3 sudu besar browning sugar

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil dikacau rata.
  3. Susu, srikaya, horlick dan milo digaul di tempat lain sehingga rata dan sebati.
  4. Kemudian, masukkan ke dalam adunan telur dengan mentega tadi. Gaulkan rata dan sebati.
  5. Resized_browning_sugar
    Masukkan essen vanilla, browning sugar, bijan, kacang tanah tumbuk/kisar, tepung gandum dan tepung roti (biskut marie). Gaulkan rata-rata dan sebati.
  6. Resized_loyang1_20x20cm
    Kukus sehingga masak.
  7. Resized_biskut_marie
    * gunakan loyang yang muat untuk kek sebanyak 10 biji telur samada loyang segi empat atau bulat
  8. Klik untuk isi cara-cara di sini

Tag

kek

Related Recipes









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (16)

28-01-2008, tulip77 komen :

adoi..tgk bhn2 nya sedap..tp nk buat rumit jugak nih :(


16-02-2008, rahman bestari komen :

terma kasih tulip77 atas respon anda. tak susah maner kalau dah minat ek. :)


04-03-2008, bobby komen :

kek-kek sarawak selalu dihidangkan dgn dipotong2 dan disusun kat atas cam dalam gambar tu. Mmg camtu ke stail org sarawak? Slalu gak sy tengok kek sarawak (tak kira lapis atau tak lapis) di susun gitu rupa.


07-05-2008, maryam81 komen :

hi bobby.. mmg stail kalau hari raya cam tu..kitaorg lambakkan atas kek besar tu.. tp sekarang dah tak lagi rasanya.. sbb semua kek lapis nak kena letak dlm peti sejuk. kalau nak potong baru keluarkan.. kalau tak nanti cepat rosak kek nya..


04-06-2008, rahman bestari komen :

utk pengetahuan, terpulang ikut cara dan citarasa sendiri kalau nak potong dan susun kek tu. kalau di sarawak biasanya dihidangkan kek tu sebijii sebiji atas meja. kalau takut abis, potong kecik2, tp di sarawak kalau abis buat lagi sebab di sarawak musim raya sebulan, maka sepanjang bulan tu lah orang akan datang bertandang dan sebulan tu lah open house, bukan mcm kat semenanjung yg buat open house sekali, dua kali atau x buat langsung!


09-06-2008, maryam81 komen :

rahman.. kamek suka makan kek tok.. tahun lepas mbak pulang ke sitok.. nak tok kamek sik hidang..pake dirik mpun makan.. heheheh


23-06-2008, mama-vie komen :

sama juak ngaan kmk maryam81. kek nih kalau dah 3-4 hari (sampai ada kuar minyak) lagi sedap... berbanding kek - kek yang ada sekarang nih tak dapat nak dibanding ngan kek - kek lama... contoh macam kek pilih kasih ni ler... Erm rahman... ada koleksi kek - kek lama yang lain lagi tak... minat pulak rasenyter nak kumpul resepi kek yang lama - lama... :-)


17-07-2008, rahman bestari komen :

thanx maryam & mama-vie. kek ni besar & tebal dan x rugi kalau buat. thn lama lak tu. texture die lak agak kasar coz ada penggunaan kacang tanah & bijan. boleh dikurangkan penggunaan kacang tanah, bijan dan tepung. mama-vie nak resipi kek lama? ada, tp kena tunggu ek sebab xda gambar lg arr. nanti, dlm laman ni klu xda gambar org pertikaikan. tp mama-vie boleh emel kat saya di rahmanbestari@yahoo.com


19-07-2008, zhiela_85 komen :

kmk rs ada kmk resepi tok p x tauk ni asan mak kmk engkah...byk resepi kek mak kmk d sri aman nun,p byk ilak x tauk nakni paling sedap...paling mak kmk suka mlh tiap kali raya ialah...kek ati parek...kukus 8 jam n masa nak mlhnya byk karenah p result kek ya mmg sodapppp....


19-07-2008, zhiela_85 komen :

kek tok tahan lamak x..lupak nanyak tek...soriii...


09-08-2008, noralily komen :

jgn la ckp camtu rahman.. kat semenanjung pun raya sebulan gak, terutama kat kampung2..cuma kat bandar jer kadang2 tak wat camtu,... bz kut.. apa pun thanks kasi resepi ni.. saya nak cuba gak untuk raya ni.. .. thanks


12-08-2008, rahman bestari komen :

zhiela, thanx ... aok kek tok thn lamak juak koh tp mok engkah dlm fridge lah after seminggu raya, bungkus bgs2 ngan foil. atau kukus udik baru. tp mun ikut bhn ya byk bhn yg berminyak, so kira thn lah juak lah kek tok.


12-08-2008, rahman bestari komen :

ampun noralily, maaf byk2 tak berniat pun nak singgung perasaan ek. terlampau syok sgt membalas komen then terimbau kenangan raya di kampung. thn lepas je tak balik swk, time tu ler tengok orang buat open house satu (1) hari jer. tu yg agak terferanzat tuuh.heran pun ye. jd culture shock lak time raya yg lps. ampun sekali lg noralily.


06-11-2008, miss^FieYa komen :

yarabi..asa cem nyaman jak.ramuan nya ya byk,molah mek asa kek tuk nang lain dr yg lain.diam swak xprnh molah kek swak lmk ko..mak mek ngajar molah kek lapis jak..ishhh..raya thun dpan jak mcoba nya kalik..


21-11-2008, rahman bestari komen :

tengkiu miss^Fieya, resipi kek kukus sbg alternatif kalau rasa malas nak wat berlapis2 tu. tp kalau dolu2, memang first choice ler kek kukus biasa ni. tp kan, dalam biasa2 nyer tue, bermodal juge nak wat kek nih. huhuhu


07-03-2011, aimanismanadia komen :

OMG!..nemu juak akhirnya eyhhh..hehehe..tok nang suq kmk lah kuih tok..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu