oleh: sfaizah7 Kek Batek

No picture

Satu lagi menu wajib utk hari raya tiap-tiap tahun.. mmg syok...resepi lain dari yg lain..


Created on : 26-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 loyang 4 segi yg besar )

  • Bahan A
  • 250 gm butter
  • 8 biji telur
  • 1 cawan gula
  • Bahan B
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat manis
  • Bahan C
  • 1 1/2 paket biskut marie (dipotong tiga, potong dengan pisau. utk mendapatkan corak batek yg lebih cantik)

Cara-cara

  1. pukul butter dan gula hingga gula hancur.
  2. masuk telur sebiji-sebiji dan pukul hingga kembang.
  3. satukan bahan B dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga pekat.
  4. setelah pekat masukkan bahan A ke dalam bahan B dan masak sehingga pekat dan likat.
  5. tutup api dapur, masukkan biskut ke dalam periuk dan kacau rata.
  6. tuang ke dalam loyang yang telah dialas aluminium foil.
  7. sejukkan dan masukkan dalam peti ais.
  8. berhati-hati semasa memotong ataupun guna pisau plastik lebih senang..

Tag

kek desert




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

27-03-2008, damishah komen :

i tak try lagi resepi ni, cuma ade ler beberapa resepi yang i dah pernah masak, so okey la.today, i tengah menjengah2 je dulu, coz petang nih i nak wat kue teow lakna, meh...try yop


25-04-2008, abby_3483 komen :

alamak faizah, jenuhnya ber butter2 la pulak! makan masa lama tu. ni first tme B tngok resepi Kek Btik guna telur. Pelik. tp xpe nanti B cube wat.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu