oleh: tulip77 Ikan kerisi masak taucu

P1250039

sekejap je nk sediakan


Created on : 25-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 4 ekor ikan kerisi
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang lada merah
  • 1 batang lada hijau
  • 1 batang serai
  • 3 sb taucu kasar
  • 3 sb minyak
  • 700ml air

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam & kunyit. Goreng garing dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan, masukkan bawang besar & masak hingga agak layu. Masuk pula taucu dan lada, kacau biar sekata.
  3. Selepas 5 minit,masukkan serai dan kacau lagi. Masukkan air dan biarkan mendidih. Rasa kuah jika tawar blh masukkan sedikit garam.
  4. Akhir sekali masukkan ikan perlahan2 ke dalam kuali dan biarkan ikan terendam di dalam kuah selama 10 minit dengan api perlahan.
  5. Siap utk dihidang, blh dihias dgn daun bawang

Tag

ikan taucu




Laporan Masakan Bergambar (2)

Ikan_masak_tauchu
17-02-2008
sedap!! mula2 buat bimbang kut2 cik abg tak suka, rupa2 nya dia dah biasa makan sebelum ni... so boleh buat lg dan lg dan lg.. tyvm tulip
Laporan oleh: nor_67

sukanya k.nor cik abg suka mkn nih :)

Ikan_kerisi_masak_tauchu
28-03-2008
kali try dgn ikan kerisi pulak.. sedap!!! tq tulip
Laporan oleh: nor_67

k.nor dah melekat ngan ikan taucu ke :)


Komen (7)

26-01-2008, halima komen :

Hmm..sedapnya!!


27-01-2008, shaliza81 komen :

terliuq ni..


27-01-2008, nor_67 komen :

tulip, baw. putih dan halia dipotong halus atau di blend?


27-01-2008, nor_67 komen :

tulip, baw. putih dan halia dipotong halus atau di blend?


31-01-2008, tulip77 komen :

sorry k.nor...x perasan lak..hehehe.. bwg & halia tu mayang halus


06-02-2008, atiraz komen :

sok mak mertua dtng dr msia bawa taucu, bleh la try resepi ni. nmpk sedap je....yum...yum...yum...


19-02-2008, kuzzy komen :

Atiraz u kat mana... tempat u tinggal takde taucu ker?.. bila dok jauh ngan keluarga ni sesekali tu terliur gak.... apa pun selamat menjamu selera ye...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu