oleh: sofinar Tapai pulut

Tapai

sedap dimakan ketika sejuk bersama kelapa parut


Created on : 24-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 12 org makan kot )

  • 1 kg beras pulut
  • 1/2 biji ragi- ditumbuk halus
  • daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara-cara

  1. tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
  2. apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
  3. tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
  4. setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari

Tag

desert



Laporan Masakan Bergambar (1)

Tapai
09-05-2008
Tengoklah Sofi tapai den, duk sorok2 peram terlupa lak..... Dah 4 harii..... Dia terlebih lembut tapi sedapppp........
Laporan oleh: che'iza

wah sedap ni makan bila sejuk..... hahahaha...byk sangat makan kat umah u tu, sebab tu la lupe


Komen (12)

25-01-2008, zla komen :

sofinar,tapai ni xpyah letak gula / garam ke?


25-01-2008, linot komen :

a ahlah sofinar tapai ni xyah ltak gula ke?


25-01-2008, kirana komen :

memang tak payah letak gula, sb ragi tu akan membuatkan tapai tu manis..biasanya i buat 1 kg pulut guna 1 biji ragi


25-01-2008, sofinar komen :

biasanya saya agak2 aje ragi tu, rasa2 tak sampai 1 biji la, yang penting ragi mesti kena serata permukaan pulut, tima kasih kirana tlg jwb


25-01-2008, norbadrina komen :

kalau org tua-tua buat,ragi tu panaskan dulu atas tudung piuk..biar aktif...Pulut tu pun boleh dikukus juga,kalu tak tanak.


27-01-2008, McKunas komen :

tapai pulut ni sy penah makan ngan ais krim vanilla! pergghhh sedap oooo! tadak ais krim, susu cair pon sedap


27-01-2008, nurnikisha komen :

just nak kongsi petua ni...supaya tapai tak jdik merah sebaliknyer putih..cantik..make sure step 3 tu diikut betul2....pulut mmg kena betul2 sejuk dulu baru tabur ragi...:) lg satu if ikut pengalaman kish..kita tak balut daun pisang sebaliknyer letak jek lam bekas pun k jek...tapi plg sedap balut ngan daun getahh..wangiiiii jek..:)


30-01-2008, farahana01 komen :

kalau kita tak ada daun pisang or daun getah or dauh keladi boleh tak kita masuk kan adunan tapai itu dalam bekas plastik yg bertutup tu...


19-02-2008, sue_cardiff komen :

nak tanya kenapa saya punya tapai tak jadi. berderai sahaja. bau dah ada. semerbak satu rumah. tapi air x keluar pun.


20-02-2008, Lilydvalley komen :

farahana, yg penting, peram pulut yg dah diragikan tu... tak kisahla apa pun bekasnya. bekas plastik or peram dlm periuk pun blh.


20-02-2008, Lilydvalley komen :

sue, mcmana cuaca kat tempat u? kalo ikut ID u tu...u kat cardiff ke? cuaca sejuk ke? kena peram tapai kat tempat yg hangat.


24-04-2008, bibieq_klang komen :

kenapa i buat tapai jadi masam


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu