oleh: Ringo Milk Waffle

Img_9149_phixr-2

waffle ni menggunakan tepung roti. crunchy diluar chewy kat dalam.


Created on : 22-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Ringo




Share


Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 140ml susu segar
  • 100gm tepung roti
  • 100gm tepung gandum
  • 25gm granulate sugar
  • 20gm butter (potong kiub kecil2)
  • 1/2 sudu teh dry yeast
  • secubit garam
  • gula kasar (optional - saya guna gula perang untuk coffee)

Cara-cara

  1. Didalam bowl tahan panas, panaskan susu dengan microwave (600watt, 1 min) suam2 kuku. Masukkan butter, kacau sampai butter cair.
  2. Masukkan dry yeast dan gula kedalam 1. kacau. tambah garam.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung roti dan kacau sehingga tiada tepung tertinggal.
  4. Tutup bowl dengan plastik wrap, microwavekan (low/170watt, 30 sec). biarkan dia naik selama 15 minit.
  5. Panaskan waffle maker. ambil doh tadi sebesar 2 sudu besar, leperkan sedikit, tabur permukaannya dengan beberapa ketul gula kasar sebelum diletak ke atas waffle maker. Doh ini seperti doh roti, tapi lebih lembut. bila tekan dia akan membentuk sendiri dan bakar sampai perang.
  6. Kalau nak guna BM pun boleh.

Tag

Waffle


Laporan Masakan Bergambar (1)

Milk_waffle_1
06-03-2008
Best ever waffle Hani!TQVM.
Laporan oleh: daunpandan

wah.... sorry pandan, tak perasan ada laporan. cantiknya waffle u. comel2 :D


Komen (21)

22-01-2008, AlongRoz komen :

Ringo/Hani, wah ini ada lain sikit resipi nya, teringin nak cuba. Tapi x brape paham lah step 5. tu - "beberapa ketul gula kasar", mcm mana rupa gula kasar tu yg boleh kira bbebrapa ketul? Lagi satu doh tu keras ke cair?


22-01-2008, mrsdayat komen :

kalu xdak microwave..cmne le pulak ek..kna penaik kan la doh tu gaknye yer..huuu=(


23-01-2008, Ringo komen :

AlongRoz, gula tu mmg kasar, macam garam kasar. klu tak ada, gula biasa pun OK. tak letak pun OK. cuma kalau letak, permukaannya akan jadi berkilat sebab gula tu cair dan jadi caramel semasa dibakar. doh tu macam doh roti, tapi lembut sikit.


23-01-2008, Ringo komen :

Nani, tak pakai microwave pun tak per... cuma gaul, dan biarkan kat tempat panas sampai dia naik 2kali ganda. Kat sini la ni sejuk, susah nak naik. then guna microwave ni mencepatkan masa penaiknya tu. doh ni klu buat macam biasa tak yah uli. gaul rata dan biar jer yis buat kerja dia... :D


23-01-2008, Mat Gebu komen :

Ishhh....kalau ada waffle maker, hari ni jugak buat..tapi apa kan daya, payah sgt nak dpt,merata kedai lektrik pi tanya, semua geleng pala....menciiii leerrr..


23-01-2008, mrsdayat komen :

pakcik mat..hehhe..try tgk kat tesco ka..hypermarket ka..last time tgk kat tesco ader.rm50+ ja..tp cap ayam je la..bukan panasonic ke..apeke..=D


23-01-2008, mrsdayat komen :

pakcik mat..hehhe..try tgk kat tesco ka..hypermarket ka..last time tgk kat tesco ader.rm50+ ja..tp cap ayam je la..bukan panasonic ke..apeke..=D


23-01-2008, nor_67 komen :

alahai kluar pulak resipi waffle, bila la nak g beli waffle maker ni..


23-01-2008, AlongRoz komen :

mrsdayat, soli lah, ari tu Along salah cakap. Brand waffle maker Along tu "Pensonic" bukan "Panasonic"... eeek sbb tu Cik Mat cari tak jumpa kot....ampun!


23-01-2008, nor_67 komen :

lor.. along pensonic.. patutla che mat gebu g cari dok jumpe2


23-01-2008, mrsdayat komen :

alongRoz..ahahah..pensonic pun okay aper..yg sy jumpe kat tesco brand "Takada".(My dad kate..cmno nak beli kalo..tak-ada)hahhahah. xtau lah waffle maker brand ape lg yg ade. xkesa laa...janji leh makan waffle tul x?hihiiii


23-01-2008, mrsdayat komen :

dah jumpe waffle maker tu kat tesco..tp xbeli2 jugak.huuuuu


24-01-2008, sis_n komen :

best nye nampak waffle ni..tak pernah wat waffle sendrik slalu tengok org buat letak baking powder


13-02-2008, Natto komen :

Kak Hani, smlm masa beli WM tu Kannnn, org kedai tu siap bg resepi waffle ni, salah satunyer resepi yg ni lerr, bhn2 lebih kurang sama cuma dia ada letak 2biji telur ngan baking pwdr... tp nmpk mudah resepi kak hani nyerr bukannyer ape nak jimat telurrrr sbnrnyer hahaha.....


13-02-2008, Ringo komen :

>>Nani, dah jumpa tu... sambar jer. nanti org lain sambar dulu :-P >>Sis_n, waffle yg guna baking powder selalunya American style, doh dia lebih cair. yang ni guna yis, normally dipanggil Belgium waffle, lebih kepada roti. >>Ika, ha ah, yg ni tak guna telur. so sesapa yg allergic to telur pun boleh makan :D


16-12-2008, ain29 komen :

teringinnyeee nak cuba wat waffle ni tapiiiiiii wafer maker xde..... nak beli budget tengah kureng plak hmmmmmmm....


17-08-2009, hasralinda komen :

baru beli WM tapi tak reti nak buat adunan waffle. ada sesiapa nak tolong tak....yang simple tapi sedappp...


06-05-2010, wan 96 komen :

tumpang lalu.. kalau nak beli waffle maker atau nak beli waffle mix, boleh email saya utk dapatkan gambar. Lokasi di Puchong dan Shah Alam Selangor. mydelifoods96@yahoo.com.my. Kalau jauh, penghantaran melalui courier.. TQ


28-02-2011, naimahyusuf komen :

sape2 berminat WM brand takada rm85 boleh hubungi sy0139384483


16-04-2011, rcmesin komen :

Boleh dapat mesin waffle heavy duty kat kedai saya di Batu Caves. Sila lawati http://rcmesinmakanan.wordpress.com/category/mesin/mesin-candypopcornwaffle/ atau hubungi kami di 03-61880911 atau 016-2291600. Penghantaran boleh dibuat melalui pos


05-09-2011, mellindasofea komen :

klau berminat untuk beli waffle maker boleh email kepada saya myhomelifestyles@gmail.com RM95 shj


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu