Google+

oleh: waheedeana Pengat sagu tepung pulut

P1130185

sesuai untuk pencuci mulut dan minum petang


Created on : 22-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi waheedeana




Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 250gram biji sagu- dibasuh dan toskan
  • 1 1/2 cawan pati santan
  • 1 jag air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit garam
  • B) BAHAN DOH :-
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • air
  • sedikit garam
  • *** uli bahan B hingga menjadi doh dan selepas itu ambil doh dan bulatkan sebesar guli dan tekan di tengah sehingga lekuk, ulang sehingga doh habis ***

Cara-cara

  1. didihkan air di dlm periuk bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan dan masak sehingga gula hancur dan mendidih di atas api sederhana
  2. masukkkan pati santan dan kacau sehingga mendidih dan masukkan tepung pulut satu persatu sehingga habis dan masak ( kenyal )
  3. akhir sekali masukkan biji sagu dan garam, masak sehingga sagu menjadi jernih dan masak. sedia untuk dinikmati....
  4. ****jikalau pekat tambah air ikut kesukaan anda****

Laporan Masakan Bergambar (1)

23-01-08_1601
04-02-2008
dah buat lama dah..br dapat nak buat laporan.. senang jer nak buat kan ana! TQ :)
Laporan oleh: masz_73

wahhh...kak mas kalerful ler...mengancammm...anyway tq...:)



Komen (4)

22-01-2008, mamafia komen :

Kalau tepung tu bubuh kaler sket, cantik agaknyer yerk?


22-01-2008, waheedeana komen :

bole mamafia...itu salah satu nk bg tarikan pada kanak2, dan ibubapa kanak2 makan...ehehe....:D


18-04-2009, Seri Mutiara komen :

adoh..sedapnya......nak buat lah ptg ni....


19-11-2011, zaidah2286 komen :

xpnah bt tpung yg rase liat2 ni..ptg td suami teringin nk mkan....puas la menggodeh my resepi...jmpe...trus bt...mmg dpat pujian wlaupon 1st time bt..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd