Google+

oleh: mamabugs Gulai tempoyak ikan Patin/Baung Perak

No picture

Resepi dari Ibu Mertuaku


Created on : 21-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mamabugs




Bahan-bahan ( Mkn utk 4 org )

  • Ikan Patin atau Baung
  • Tempoyak, dari durian baru
  • Serai 3 batang
  • Bunga Kantan 1 batang. Dihiris
  • Daun Kesom 5 tangkai
  • Kunyit hidup atau serbok
  • Chili merah, 7 - 10 biji. ditumbuk
  • Garam
  • gula
  • Air 2 gelas besar.

Cara-cara

  1. Satu masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Mak saya kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul.
  2. Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.
  3. Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas.
  4. Tambahan: Masakan tempoyak ikan Patin/Baung banyak variasi. Ini ada versi Perak original.Pah saya punya resepi. Gulai ini rasanya pada tempoyak. Kalau tempoyak itu dah tak elok maka rasanya juga begitu. Buat tempoyak dari durian baru. Peram 3 hari. Jangan campur apa apa seperti garam atau cuka.
  5. Gulai masak tempoyak memamg sedap. Jangan sekali kali masuk bawang, bawang putih, halia, asam jawa dan santan. Hilang rasa tempoyaknya. Nak lagi sedap kena masak tepi sungai, didusun semasa musim durian! Selamat mencuba! Pasti yang paling best!!








Laporan Masakan Bergambar (2)

Patintempoyak
08-04-2009
saya memang suka gulai tempoyak....tapi saya tak letak daun kesum n bunga kantan....org perak suka makan kosong je....
Laporan oleh: quinnie
Dsc02292
07-08-2011
first time masak tempoyak-Alhamdulillah
Laporan oleh: cik aby

Komen (9)

22-01-2008, hasriza komen :

mamabugs, gilai tempoyak nie mmg favourite saya, kalo dah mkn x pndg kiri kanan dah...boleh bg resipi mcm mane nak peram durian, untuk buat tempoyak...


26-01-2008, jfklynn komen :

tempoyak? teringinnya....nak makan.


01-02-2008, nuanza komen :

satu penerangan yg lengkap. mmg dok car resepi masak tempoyak ni sbb nk wat masak tempoyak ikan baung. hubby lak mmg org perak. balik ni nk cuba, n nk dgr dia komen


09-04-2008, lishaznia komen :

Saya amatur tp teringin nak try masak resipi ni. Moga2 saya dapat buat ;)


22-05-2008, layura97 komen :

tq.. senang btl rasa hati krn hajat dh smpe.. esok dpt masak gulai yempoyak ikan patin.. first time nak buat.. kita tengok lh cmana hasil ny 6ti.. sblm ni kalu rasa nk makan beli kx kedai je..mahal.. tq mamabugs.


27-05-2008, layura97 komen :

sedap betul lah.. ayah saya cakap sedap.. first time wat terus mjadi.. lepas ni kalu nak makan x payah p kedai lagi lh.. tq mamabugs..


04-06-2008, zoooool komen :

Saya mmng suke gulai tempoyak ikan patin ni.. Nak buat tak brape pndai la.. nak tnye mak,sy slalu sibuk... Insyallah lpas ni bleh buat, n yang penting nak bagi resipi ni kat seseorg yg special.... :-)


02-05-2009, aziahayob komen :

orang perak suka taruk taugeh kasr yg besar2 tu or timun.mmg sedapppp...tambah2 lagi kalu guna tempoyak baru


15-12-2010, donfigo komen :

Assalamualaikum mamabugs, resipi yang simple dan senang nak buat. Sekali buat dah jadilah, terima kasih banyak-banyak. Bg saya, tempoyak lagi banyak lagi sedap, pekat sikit kuahnya, lagi kaw. Satu umah bau tempoyak. x rugi cuba, eksperimen menjadi. Anyway thanks. BarakAllah hu fik. Assalamualaikum


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu