oleh: AlongRoz Kek Lapis Putih Telur Blueberri

Kek_lapis_putih_telur_blueberri

Nak habiskan belen putih telur tapi Along tak suka rasa telur & berminyak sikit resipi ni. Tapi drpd terbuang je putih telur tu, boleh lah cuba. Terutama musim2 perayaan, selalu nya byk belen putih telur selepas buat kek lapis.


Created on : 20-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8 inchi bulat )

  • 450g Putih Telur (12 biji)
  • 180g Gula Kastor
  • 350g Butter (Along rasa 300g pun cukup sbb berminyak lah Along buat tadi)
  • 100g Susu pekat
  • 180g Blueberri pie filling
  • 180g Tepung Gandum

Cara-cara

  1. Dlm mangkuk yg kering, pukul putih telur & gula sehingga berbuih pekat & tidak berair.
  2. Dlm mangkuk yg berasingan, pukul butter & susu pekat sehingga kembang. Masukkan tepung & gaulkan. Campurkan adunan telur putih yg di pukul tadi.
  3. Bahagikan adunan kpd dua adunan. Satu bahagian di campurkan dgn blueberri.
  4. Lengserkan acuan bulat 8 inchi dgn mentega. Ratakan 6-7 sudu besar adunan putih. Kukus selama 8 minit. Lapiskan pula dgn lapisan blueberri. Buat sehingga habis. Akhir sekali kukus selama lebih kurang 45 minit sehingga masak.
  5. Sejukkan dulu baru di potong.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

20-01-2008, dj_vjuice komen :

halo along......ada kek baru eh! ya rabbi kacak ada juak kek tok.....simple resipi nya oh? okaylah.....selaku peminat nombr 1 along, kamek akan try resipi tok.....!


20-01-2008, AlongRoz komen :

Hi Val, lamak sik dengar brita. Kmk cuba2 jak, alang2 byk telur putih sayang nak di buang. Tapi nyaman lagik kek kuning telur....


20-01-2008, sofinar komen :

along memang pandai wat kek lapis yek, rajin pula tu...nanti nak try la wat


21-01-2008, syil komen :

a ahlah,along memang pandai wat kek lapis..s'wak eh?


21-01-2008, AlongRoz komen :

sofinar & syil, Along ni tak lah rajin/pandai sgt tapi suka nak kongsi2 ilmu yg ada. Memang byk koleksi kek2 lapis tapi xde gambar lah, nak repeat buat semula tu susah sikit le... anak2 nak exam thn ni. Insyaallah, klu ada kesempatan boleh lah buat & kongsi kat sini.


24-01-2008, farahana01 komen :

assalam along.... nak tanya sikit masa bila pulak along masukkan tepung dan blueberri pie filling tu..... nak tanya lagi along guna tepung apa tu????


24-01-2008, AlongRoz komen :

farahana, cuba baca baik2 kat step 2. & 3. ada tepung & blueberri kat dlm tu. Tepung gandum...dah update kasi precise sikit.


25-01-2008, sis_n komen :

eh,farahana..kan dah ada kat step 3 tu kena campur blueberri


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu