Google+

oleh: joayee Marble Cheesecake

Dscf8532_copyrz

simple je bahan2nya


Created on : 20-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi joayee




Bahan-bahan ( 4 org )

  • 225 g or 8 oz phil soft cheese
  • 3.5 oz susu pekat manis-atau ikut kemanisan tersendiri
  • 10 g tepung gandum
  • 26 g choc masakan-cairkan
  • 1 telur
  • 1 tsp vanilla essence
  • Base:
  • 220 g biskut digestive-kisar halus
  • 3 sudubesar margerin

Cara-cara

  1. Base:- cairkan margerin dgn api sederhana, masukkan digestive kisar, kacau serata.
  2. griskan bekas 8". tekan campuran biskut & margerin hingga padat. sejukkan sekejap.
  3. filling:- pukul cheese sampai lembut. masukkan susu pekat, pukul lagi. masukkan telur, pukul, masukkan tepung & vanilla.kacau hingga sebati. asingkan 1/3 cwn
  4. cairkan choc, kacau dengan 1/3 cawan adunan hingga rata.
  5. ratakan adunan putih. akhir sekali, sudukan adunan choc diatas. marbled- used chopstick
  6. bakar 160degC hingga set. Hati2, jgn sampai perang, nanti tak cantik pula. yg ni nipis jadi 20 min dah masak. Sejukkan selama 4 jam
  7. note: kek akan merekah kalau over terlampau panas atau kek terlebih masak. jadi sentiasa intai2 kek tu :)









Laporan Masakan Bergambar (6)

01152009870
03-02-2009
Mmg sodap...
Laporan oleh: siti_khuzaimah78
Marble_cheesecake
10-08-2009
akak wat utk hari cuti ni,favorite anak2,org tua pon sekaki...heheee...tq joayee atas resipinye... :)
Laporan oleh: kak fida
Marblecheeseprebake
11-08-2009
hai joayee..saya cuba resepinya untuk Birthday Hubby, ini sebelum dibakar
Laporan oleh: ibufarzana
Slicemarblecheesa
11-08-2009
dan ini hasil setelah siap. Thanks for recipe yang simple tapi delicious. Birthday boy suka..
Laporan oleh: ibufarzana
Cheesecake
13-10-2011
Mmg sedap.tapi corak dia agak messy sikit..Tq ye.
Laporan oleh: gen25375
Marble_cheesecake_myr
28-02-2014
Saya gandakan kuantiti filling untuk dapatkan lapisan yang lebih tebal.. sangat-sangat sedap! Terima kasih joayee..
Laporan oleh: LynnSham

Komen (19)

20-01-2008, jfklynn komen :

jayaee...phil soft cheese tu sama dgn cream cheese kan? then digestive tu nama biskut ke? nampak sedap giler.......


20-01-2008, joayee komen :

ahh..cream cheese. yg Philadelphia brand yg paling best. jo pernah try tesco nyer..tak best..tp harga double dari Tesco..tp nak ganti cream cheese lain ok gak ..Aah..biskut digestive


20-01-2008, jfklynn komen :

biskut tu boleh ganti biskut lain gak tak? I bkn kat mesia...nak cari payah ler sikit...


20-01-2008, aleez_29 komen :

adunan tu ratakan atas digestive bicuit kan? apa maksud bakar hinggat set ye?


20-01-2008, syil komen :

jfklynn,oreo biscuits pon boley.adunan tu memang ratakan atas biscuit tu.Sorry,tolong jawab...


20-01-2008, shaliza81 komen :

bleh juga ganti biskut digestive tuh dgn biskut merie..hancurkan dia..i pnah buat camtuh..tp kalo kt tmpat lain tak taula nak ganti gn pe..


20-01-2008, syil komen :

tapi mungkin muak sikit kot guna oreo sebab dah dimarble..anyway,oreo pun ok jugak lah


20-01-2008, dj_vjuice komen :

ni nak tanya..1 tsp vanilla tu refers tu vanilla essence atau vanillin ke apa? Please terangkan that part....and this cake kena guna lose base baking tray ke?


20-01-2008, joayee komen :

Syil & Shaliza ..Treima kasih tolong jawapkan..:)


20-01-2008, joayee komen :

DJ..yup..vanilla essence..jap nak update kat atas..tq


22-01-2008, jfklynn komen :

hehee...semlm husband bawak gi office and masjid sikit...tapi tak ambil gambar pasal tak tahu nak upload mcm mana...husband bawak gi office...semua kata sedap boleh bukak kedai cake...thanks jo!!


30-08-2008, szuansafz_ebob komen :

cantiknya kek ni..camner nk bentukkan marble tu kasi cntik cam dlm gmbr tu...??huhu..maklumlah sy budak bru bajar


04-10-2010, farikha komen :

resipi ni mmg takde pakai gula, serbuk penaik eh? tq. heee excited betol saya nak buat


21-01-2011, zainurul haffiza komen :

nk try la nnt


14-05-2011, yuszaimie komen :

kalau kukus boleh tak......


14-05-2011, Raznia komen :

Biskut digestive tu camne ye? Maaflh x pnah dengar n tengok....sila jelaskn klu Ada sape2 yg tau....


01-06-2011, pensel123 komen :

mcmmn nak tahu kek tu dah masak atau blum? dia mcm buat kek sponge jugak ke,cucuk guna lidi? help plz.....


17-08-2011, faziziahmad komen :

salam..nak bakar guna api bawah, atas or both?


13-10-2011, gen25375 komen :

Saya dah cuba..memang sedap.Tqvm..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd