Google+

oleh: nor_67 Sira pisang special

Sira_pisang

dessert ala2 hotel..


Created on : 17-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nor_67




Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 7 biji pisang nangka
  • 500ml air
  • 4 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • 1 helai daun pandan
  • aiskrim - apa2 perisa pun boleh

Cara-cara

  1. Potong pisang dan masukkan kedalam periuk. Masukkan air, gula dan daun pandan.
  2. Masaklah sehingga mendidih. Apabila pisang menjadi lembut, masukkan telur dan biarkan mendidih seketika lagi
  3. Padamkan api. Jgn masak terlalu lama nanti pisang jadi terlalu lembik. Sejukkan dan kalau nak lebih sedap bila sejuk masukkan kedalam peti ais.
  4. Bila nak hidang, masukkan sira pisang tadi kedalam mangkuk dan scoopkan aiskrim keatasnya..
  5. * Dessert ni sangat sedap dimakan ketika berbuka puasa.

Tag

dessert








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (7)

18-01-2008, azwalissa komen :

hai kak nor.. maaf ye.. nak tanya sikit, apa fungsi telur dalam masakan nih? err..telur letak dalam air gula tak rasa hanyir ke?


18-01-2008, nor_67 komen :

azwalissa, telur tu guna dia utk memekatkan kuah dan menambahkan kesedapan sira pisang tu.


18-01-2008, nor_67 komen :

satu lg, biasanya org Trg memang letak telur dalam sira atau pengat pisang.. kalau tak nak ia jadi hanyir, buang aje tali pusat telur tu.. lg pun dah guna daun pandan tak lah ia berbau hanyir..


18-01-2008, najah_82 komen :

sedappp....manisan dr pahang ek? tp yg makan dulu tu letak bunga cengkih..maybe nak kasi ilang bau telur tu...sile la cube...:D


19-01-2008, nor_67 komen :

TQ najah.. saya juga biasa guna bunga cengkih, letak dalam nekbat sira bila tak ada daun pandan..


10-09-2009, norlisa komen :

ooo,mak sy xletak telur pun bese..waa.sedap2...nekbat pun sdp...sejuk2 lg sdp...


27-04-2011, anna90 komen :

emmm.....kulit pisang kene buang ker sblum masuk dlm periuk...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu