oleh: Mat Gebu Lemak Cili Padi Ikan & Rebung

Step_by_step_844

Resipi asli orang Negeri 9...meleleh air mato jangg oiii bilo makan ni!!!!


Created on : 17-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 4 -5 keping daging ikan merah atau tenggiri (ikan lain pun ok)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 1 tin rebung, ditoskan
  • 6 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 batang serai, dititik
  • Garam dan gula (jika suka)
  • BAHAN TUMBUK HALUS :-)
  • 1/2 cawan cili padi kampung (cili padi siam pun ok)
  • 1 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. Cuci ikan dan toskan. Tuang 1/2 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 1 1/2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Cuci rebung toskan dan hiris nipis2. Ketepikan.
  2. Dalam belangan, masukkan bahan2 tumbuk lumat, serai dan santan cair, kacau rata dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan dan rebung, bila ikan 3/4 masak, tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula (jika suka). Kacau perlahan dan tuang jus limau kasturi. Biar mendidih 1 - 2 minit atas api perlahan.
  4. Rasa kuahnya dan jika ok, boleh diangkat dan hidangkan bersama ulam-ulaman dan nasi hangat...
  5. Abcd0006
    Contoh rebung dalam tin yang mat gunakan. Kalau ada rebung segar lagi sedap...




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (7)

18-01-2008, ainaibu komen :

abg mat gebu...nak tanya kit ni... rebung dalam tin ader jual ke... setakat ni tak penah jumpa lagi.. hubby suka makan ni tapi kena tunggu balik kg baru dapat rebung best..nak ke pasar tak sempat


18-01-2008, Mat Gebu komen :

Ada, mat pun baru jumpa baru2 nie..nanti mat letak gambar...okey!


18-01-2008, ainaibu komen :

tq..letak sekali kat mana mat beli yer


19-01-2008, Noreen komen :

mat meleleh air mato atau gatai satu badang sobab makan robung ahak


19-01-2008, Noreen komen :

sori bukan badang badan ahak


29-01-2008, Mat Gebu komen :

Mat beli kat Giant...


05-06-2008, ewan Dollah komen :

mak ai...byk nyer guna cili padi...owh yea rebung lam tin tuh jenama pe??tgok lauk nih rindu kat mak....huhuhuhu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu