oleh: Mat Gebu Quiche Tuna Berkeju

Step_by_step_834

Khas untuk minum petang...buat sarapan pun ok!!


Created on : 16-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Share


Bahan-bahan ( acuan tat berukuran 24cm )

  • BAHAN PASTRI :-)
  • 220 g tepung gandum
  • 125 g mentega sejuk, didadu
  • 1 camca besar gula aising
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 camca teh serbuk bawang putih (tak suka tak yah bubuh)
  • BAHAN INTI :-)
  • 1 tin tuna flakes in olive oil, ditoskan
  • 1 biji bawang besar, didadu halus
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 cawan mix vege (lobak, kacang pis dan jagung)
  • 1 camca besar mentega
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 helai daun bay
  • 1/2 ketul kiub ikan bilis 'MAGGI'
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 camca besar hirisan daun bawang*
  • 25 g parutan keju cheddar*(*utk hiasan)
  • BAHAN KASTARD:-)
  • 3 biji telur gred A
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, gula aising dan serbuk bawang (jika guna) dalam mixing bowl. Gaul rata. Masukkan mentega dan ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Tak pe jika telur tak habis digunakan...
  2. Step_by_step_827
    Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling, leperkan sedikit dan simpan dalam peti sejuk 20 minit. Keluarkan doh dan canai doh antara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm dan berdiameter kurang lebih 30 cm..
  3. Step_by_step_828
    Alihkan doh ke dalam acuan tat yg dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya.
  4. Step_by_step_829
    Kemudian cucuk2 permukaan doh dengan garfu, tujuan untuk membuang udara semasa proses membakar nanti.
  5. Step_by_step_830
    Ambil sekeping aluminium foil, letak atas doh tadi dan tuang kekacang dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 minit.
  6. Step_by_step_831
    Keluarkan dari oven, alihkan aluminium foil dan bakar lagi 10 minit. Keluarkan dari oven dan boleh diisi dengan inti.
  7. Step_by_step_826
    Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih, bila wangi, masukkan daun bay, dan mix vege. Gaul rata. Masukkan tuna, serbuk lada sulah, kuib ikan bilis dan susu, kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Guna api perlahan.
  8. Step_by_step_832
    Masukkan inti tadi dalam kulit quiche, ratakan. Bancuh semua bahan2 utk kastard hingga sebati dan tuang atas inti tadi. Tabur daun bawang dan parutan keju cheddar.
  9. Step_by_step_833
    Bakar pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bila masak keluarkan dari oven dan biar sejuk, baru ditanggalkan dari acuan.


Laporan Masakan Bergambar (3)

Img_0500
27-11-2008
ganti tuna ngan diced chicken ham, ganti pati ikan bilis dengan pati ayam. yummy. tq for the recipe! :-)
Laporan oleh: azareena
Photo0517
11-06-2009
buat sabtu lepas...tapi lupa nk letak daun bawang...apapun memang SEDAP giler!!!xyah g delifrance lagi..dh bleh buat sendiri..thanx abg mat
Laporan oleh: zai_fadilah
Dsc01382
19-10-2011
Sedap... buat untuk hubby sarapan pagi...TQ mat
Laporan oleh: meehunkoey

Komen (6)

16-01-2008, Ringo komen :

CMG tengah bertungkus lumus mengisi data. ehehehe


16-01-2008, Mat Gebu komen :

haha...kak hani, tak lama lagi nak buat "quiche chenta maut!!!..


16-01-2008, AlongRoz komen :

Cik Mat, sedap nya nampak. Dah lama Along tak wat tuna quiche... Kalau ganti tuna tu dgn isi ikan Duri salai pun terangkat juga... tapi kat Semenanjung org tak wat ikan salai...


17-01-2008, websandro komen :

mat, ape fungsi kekacang tu yea? nk pkai kcg ape?


17-01-2008, Mat Gebu komen :

along..tak pernah pulak guna ikan salai, kalau udang, sotong tu pernah lah.. Websandro...fungsi kekacang tu cuma utk "berat" kan bahagian tgk kulit quiche tu, supaya bila kita bakar dia tak melembung dan sedikit padat. Kalau tak de kekacang tu, boleh guna batu putih yang selaly kecil2 org letak dalam aquarium tu, tapi kena cuci dan bai kering dulu.


17-01-2008, kirana komen :

cik mat, untuk apa letak kekacang tu?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu