oleh: Zay75 Kentang Kolotnyerr(kolonial)

Kentangkolonial

masakan mat saleh zaman kolonial, resepi dari tokwan dulu masa dia jadi jaga rumah mat saleh, la ni jadi makanan tradisi anak cucu cicit (gambar dari laporan masakan)


Created on : 03-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 5 biji kentang sederhana besar
  • 1 biji telur size A
  • 1 labu bawang besar
  • sedikit kicap lemak masin
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • sebuk perasa (optional)

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis-nipis kentang tersebut (Terpulang samada nak guna pisau atau penyagat)
  2. Masukan minyak ke dalam kuali dan masukan kentang tadi. Tutup kuali supaya kentang cepat empuk. Kacau sesekali bagi mengelakkan kentang hangus
  3. Apabila kentang kelihatan empuk, gunakan senduk atau sudip tadi untuk mencincang kentang di dalam kuali tersebut sambil terus mengacau.
  4. Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan lada hitam
  5. Selepas sebati dan rasa masinnya, masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  6. Akhir sekali pecahkan telur dan kacau dalam kentang tadi. Masukkan kicap lemak masin (boleh jugak kalau nak guna kicap lemak manis), siap untuk dihidang.
  7. Menu ni sesuai sangat dimakan dengan roti atau begitu saja...cubalah. Gambar takde..kalau sesapa cuba bleh la load kat sini nanti.

Tag

telur




Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn1553
15-03-2008
lame jgk nk tgu kntg empuk...tp best rase die..tmbh gula skit cos ske manis2...tq
Laporan oleh: babybunny

Komen (3)

07-01-2008, umi_e komen :

zay... resepi ni ingatkan nostalgia arwah nenek umie 40tahun dulu (masa umie kecik2) dia selalu buat kentang camni cuma arwah enneh pula potong dadu baru di goreng dan letak bahan2 lain dan akhir sekali pecahkan telor dan gaul... ermmmm pernah buat utk kembalikan kenangan lama tapi anak2 tak suka :((


15-03-2008, babybunny komen :

bleh ke sy uploadkan pic into the rcp...ke admin kene buatkan??


15-03-2008, admin komen :

ok thanks babybunny.. utk edit resipi ni hanya tuan resipi dan admin saja yg boleh. So i dah letak gambar tu.. thanks ye.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu