oleh: kak izan Kuih cara berlauk

2

Yang gemar makan kuih diwaktu petang


Created on : 03-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kak izan




Share


Bahan-bahan ( 60 keping )

  • Bahan Intinya:-
  • 500 gm daging cincang
  • 3 sb rempah kari
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang kecil
  • 1 inci halia dan garam secukup rasa
  • 100 gm udang kering
  • Bahan hiasannya:-
  • Daun sup dan bawang
  • lada merah secukupnya
  • Daun sup dan bawang di racik halus,lada merah dipotong serong nipis-nipis
  • Bahan Adunanya:-
  • 500 gm tepung gandum
  • 1/2 tin susu cair Ideal
  • 2 tin air masak sejuk
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sk perwarna kuning
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Blender bawang putih,merah,halia dan rempah kari hingga halus dan blender udang kering sekadar hancur aje berasingan.
  2. Panaskan kuali masukan minyak sesenduk dan tumis bahan blender hingga naik bau dan masukan daging cincang tambah air kacau selalu bila hampir kering letakan garam dan kacau hingga kering,ketepikan
  3. Masukan dlm blender susu cair,telur.garam,tepung,perwarna kuning dan tambahkan 1 tin air masak sejuk blender hingga halus kalau pekat tambah air sikit-sikit dulu adunan tidak terlalu pekat dan cair sedang saja.
  4. Panaskan acuan kuih cara diatas dapur dengan api kecil bila dah panas sapukan minyak dalam acuan dan tuankan adunan tepung 3/4 penuh dan letakan intinya ditengah dan letakan sepotong lada merah dan taburkan daun bawang dan sup tutup acuan dan biarkan dalam masa 3-4 minit atau pun cukup masak.Angkat dan sedia di makan.

Tag

kuih-muih


Laporan Masakan Bergambar (4)

Cara_berlauk
07-01-2008
dah cuba..sedap..nyum nyum
Laporan oleh: yeeha
29042011562
03-05-2011
sedap.saya gaul semua intinya,cepatkan keje..hasilnya,sedap jugak..
Laporan oleh: kamal77
Image010
29-07-2011
baru bt td,1st time cube,alhamdulillah menjadi,yummy sedap sgt :-)
Laporan oleh: gerimis
Img_0509
26-08-2011
saya gantikan susu dgn santan didalam adunan
Laporan oleh: sixsixtwo

Komen (14)

03-01-2008, muziana komen :

akak saya nak tanye....akak letak acuan nie atas dapur mcm tu jek ker...tak alas ngan tudung periuk ker...pastu masa masak tu akak tutup tak acuan tu...nk buat ler tp tak tau cara nk bakar kuih tu


03-01-2008, kak izan komen :

Assalamualaikum,muziana........k.izan letak acuan atas dapur gas beralaskan kuali roti jala dan akak tutup acuan tu dengan tudung periok. Terima kasih kerana ingin mencuba.......amin


05-01-2008, fidadaud komen :

k.izan, susu cair yg akak guna tu sebagai substitute kepada santan ke? ataupun, mmg resipi ni letak susu n bukan santan?


05-01-2008, kak izan komen :

Salam,k.izan buat kuih ni memang guna susu cair dan air masak sejuk, guna santan pun boleh juga kalau nak cuba.


07-01-2008, yeeha komen :

yeeha dah cuba. mmg sedap. yeeha guna acuan yg besar, senang and xmelekat. cuma susu yeeha gantikan dgn santan. ikut apa yg ada kt umah je..


07-01-2008, muziana komen :

w'salam akak...thx atas jawapan akak....tp kat rumah saya tu tak der kuali roti canai...kalau kuali biasa tak apa ker...saya mmg nk try


08-01-2008, kak izan komen :

Salam.....wah meriahnya kuih yeeha.....nati k.izan nak cuba lak guna santan....terima kasih sudi mencuba....taniah k.izan ucapkan Salam muziana..... tak apa kalau tak ada kuali roti canai letakan atas dapur gitu pun boleh tapi kecilkan apinya.....kuali biasa pun bleh juga....kalau alas dengan tudung periok pun boleh....


26-09-2008, joyah komen :

joyah dah cuba,bagi kat member Mel,masa tu melkat rumah Jenab, Amy pun ada. So semua rasa ckp sedap. Joyah rasa sedapdah,cuma kurang lemak je.Tapibestlah, first time buat menjadi. Thx!


20-04-2009, memot komen :

Kak izan, kalau saya guna acuan muffin yang size kecik, boleh tak? Saya takde acuan..:(


13-02-2011, sitiz komen :

nak cuba wt....mcm sedapppppppppppppp


13-04-2011, zannahenna komen :

sye da lame xwt kuih cara nie...tp sye gunekan sntan kotak je..puas carik resipi nie..xpelah..kalu da jmpe,i'allah akn sye kogsi bersame...


26-04-2011, harniena komen :

sy bru jer buat hrni..mnjadi...tq


26-04-2011, harniena komen :

k.izan...cmner yer sy nk letak gmbr...bleh tunjukkan cranye....


10-11-2011, cik bett komen :

ermmmm baru jer wat smlm... sedapp sgt2... tq kak izan


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu