oleh: justsaymiey Ayam masak sambal

No picture

sesuai untuk berbuka...


Created on : 05-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi justsaymiey




Share


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai ( dititik)
  • (Bahan Kisar)
  • *4 ulas bawang putih
  • *8 cili kering ( ikut suka kalau nak lebih pedas)
  • *1 inci kunyit hidup ( boleh guna kunyit serbuk juga)
  • *sedikit belacan
  • (Bahan Hiasan)
  • *1 biji tomato ( dibelah 4)
  • *2 batang kacang bendi ( potong ikut suka)
  • *sedikit gula, garam dan perasa
  • *sedikit air asam jawa dan air.

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecil-kecil. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
  3. Masukkan ayam, air asam jawa, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi apabila ayam separuh masak.
  5. Kemudian masak ayam sehingga masak sepenuhnya.
  6. Hidangkan dengan nasi putih yang masih panas.
  7. P/S : Ayam juga boleh digantikan dengan sotong atau isi ayam sahaja. Cubalah, anda akan rasa kenikmatannya.

Tag

ayam sambal


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (7)

22-02-2007, emai_comei komen :

fuyooooooooooooo!!!! sedap giler...ingat kan susuh rupu2 nyer............... memang tidak disangkakan


12-01-2011, sham nick komen :

sedapppppp....giler....memang tak ckp kalau nasi i pinggan memang mahu sampai 4 pinggan bru ckp...


15-07-2011, Azizah.jbm komen :

Fuyooooooooooooo! Memang sedappppp punya......


18-08-2011, ruhanah komen :

nak masak nantilah...baca pun dah selera...mesti sedap..^_^


13-10-2011, ummirania komen :

Hari ni ummirania nak cb ayam sambal ni.biasanya ikut resepi suka ati mak bapak


10-11-2011, heinz komen :

mmg mantoplah.......baru cuba mlm ni......sodap......


03-01-2012, bird.flysp@yahoo.com komen :

xpernah mencoba hope berjaya...ehhehehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu