Google+

oleh: liena06 Beras sushi

Sushi1

Resepi ni dapat dari kawan. Untuk kongsi bersama.


Created on : 01-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi liena06




Bahan-bahan ( )

  • 185g beras.
  • 430ml air
  • 1 camca besar cuka
  • 1 camca teh gula
  • garam secukupnya
  • 1 camca teh mayonis
  • 1/2 biji timun jepun - dibelah memanjang
  • 2 biji telur - dibuat dadar
  • 2-3 batang filamen crabstik - dibelah 2 memanjang
  • 4 keping nori ( bhn drp rumpai laut)

Cara-cara

  1. 1. Bersihkan beras kemudian tuskan.
  2. Jerang dengan air, cuka, gula dan garam.
  3. Bila kering airnya, tutup sebentar.
  4. Gaul nasi suam dengan mayonis dan biar sejuk.
  5. RAtakan sedikit nasi di atas nori
  6. Susun timun dan telur dan gulung kemas.
  7. Buat pula dengan diisi telur dan filamen ketam. Ulang hingga habis.
  8. Akhir sekali potong dan hidangkan.
  9. Klik untuk isi cara-cara di sini

Tag

sushi








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (18)

03-01-2008, nsrshaz komen :

nak gulung sushi nie pakai ape..?? kalu pakai sosej boleh x?? gnt dengan telur..


04-01-2008, liena06 komen :

Nak gulung boleh guna pelapik buluh khas utk sushi, harganya rm2 hingga rm3 boleh dpt di kebanyakkan pasaraya. Kalu pakai sosej tu kena rebus dulu, ikut selera nak buh apa pun. Ada juga yang buh serunding daging/ayam, haa.... jadilah sushi malaysia kan?


26-01-2008, kamal77 komen :

liena,nak tanya sikit ni,cuka tu,cuka yg org buat msk kt dapur ker?atau cuka dr jepun?ape nama cuka tu?nk pg cari ni


30-03-2008, liena06 komen :

sori ye! lambat reply. cuka yg msk kat dapur pun boleh kalau tak jumpa cuka jepun. Antara jenama yang ada Kikkoman.


22-04-2008, babymsweetheart komen :

nama cuka tu rice vineger....sorry yer tolong jawabkan...


22-04-2008, babymsweetheart komen :

kalau pakai apple cider pon boleh gak....lagi sedap kalau sukatan dier betul.....hehehehehee...mell pong fav jugak sushi nier....


30-06-2008, quinnie komen :

eee..best nya tengok gambar sushi ni..tak sabar nak cuba buat...selalu tertanya2 cam ner nak buat nasik dia...akan dicuba...nanti leh letak gambar..


02-07-2008, azlinazahir komen :

just sharing some info.... beras sushi yg bagus punya, namanya koshihikari rice... kat you tube ada jugak demo wat sushi...aritu saya cari resepi kappa maki, tekka maki, tobiko sushi, kebetulan terjumpa yg chef man(malaysian) buat...bukan chef wann... lebih jelas kalau nk belajar teknik gulung-menggulung sushi ni...


23-11-2008, xxtinaxx komen :

kak liena saya nak tanya..kalau gantikan cuka dgn bahan lain boleh tak..sebab saya xboleh mkn cuka..dan bahan apakah yang boleh mengantikan cuka tersebut..


27-11-2008, liena06 komen :

hi, xxtinaxx ! Cuka ni utk bagi beras sushi rasa masam2 manis sikit. Kalau x boleh mkn cuka cuba pakai cuka buah, mcm apple vinegar atau yg lain2. Saya pun bukanlah pandai sangat, ini pun dpt dr kawan. Kalu ada kengkawan yang boleh bgtau tq byk2, yelah boleh tlg xxtinaxx .


25-02-2009, avaadore_ny komen :

koshihikari rice ni agaknya bleh beli kat jusco atau cold storage...sbb selalunye kat tmpat mcm ni ada bahagian tmpt utk makanan antarabangsa


23-03-2009, babyalexzahid komen :

nak tnya ckit, i tgh diet tak leh mkn nasi ... adakah sushi ni leh mengemukkan


02-12-2009, harukichi93 komen :

nk tnye la.. beras ni bole gune beras biase ke?


24-02-2011, DiAnaSUFEAH komen :

very simple.. ingat susah agt la nak wat nye.. so lps nie blh la cuba mask sndr.. x sbar rasenyer nak mencuba... thank pd yg mmbr resepi..


15-05-2011, shahyaz komen :

Salam semua.. Saya nak tya, cuka Mkn/rice vinegar yg dicakapkan, brand kikkoman tu boleh dpt di mana? Jusco/giant Ada tak? brand ni halal tak? Sebab kebanyakkan cuka jepun Ada mengandungi alcohol.. Harap Ada yg boleh jawap ye.. Terima kasih..


21-11-2011, pn noriah komen :

a'ah kan beras sushi ni nk dpt dri mana ye? jusco ad ke?lebih senang kat mana nak dapatkan bahan nak buat sushi ni?..harap dapat bantuan.... =)


21-11-2011, r41494 komen :

beras sushi ni ada jual di jusco & giant.Tp digiant lebih murah. Kat mydin hypermarket mugkin ada juga. Cuka sushi yg ada tanda halal ada jual di jusco. Dah cuba guna cuka lain tapi tak berapa sedap. Ada jumpa resepi buat cuka sendiri kat MYR ni tapi dah tak ingat kat resepi mana.Rumpai laut byk jual kat carefour,giant,jusco...


24-12-2011, kira_justice komen :

i like sushi......muuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhh my sushi


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu