oleh: caroline Ruya ubi Sarawak

No picture

masakan orang Bidayuh di kampung..musim hujan masak bubur ruya ni..memang sesuai sekali


Created on : 05-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( untuk satu keluarga )

  • 1kg isi ubi kayu yang telah dibuang kulitnya.( dipotong dalam bentuk kiub) .
  • 4 helai daun pandan muda
  • gula pasir secukup rasa
  • beras pulut

Cara-cara

  1. Isi ubi yang telah dipotong dadu,dimasukkan ke dalam periuk bersama air secukup sukatan.
  2. Masakkan ubi tersebut sepeti masak bubur. Setelah airnya mendidih,bolehlah masukkan beras pulut segenggam pun boleh.
  3. Setelah isi ubi dan beras pulut menjadi lembut,perlahankan api. Setelah itu,masukkan gulapasir.Rasa manisnya sehingga secukup rasa.Kacau gula di dalam periuk itu sehingga sebati dengan " Ruya Ubi itu tadi.
  4. Setelah itu,bolehlah masukkan daun pandan.Biar naik aroma bau pandan.
  5. Tuang di dalam bekas/ mangkuk yang muat.Sedia untuk dihidang. "Selamat mencuba"




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (3)

24-11-2006, umi_e komen :

ermmmm menarik ni sebab baru ni dapat resepi asli orang sarawak... insyaallah will try cuma kat sini susah nak dapatkan ubi kayu fresh... yang frozen ada lah... Boleh tak caroline kasi rersepi laksa sarawak TAPI yang bahannya dari ASAS maksud saya TIDAK gunakan rempah laksa sarawak yang telah siap dijual KERANA saya bukan di Malaysia utk dptkannya dengan mudah... harap adalah sapa2 dari sarawak atau tahu resepi tradisi untuk sama2 berkongsi...


04-12-2006, fida komen :

kena biar smp ubi tu empuk atau sedikit hancur? n ble we stir x hancur ke ubi cz potong kecik2


19-05-2007, nurnazirah293 komen :

kalu potong kecik2 lagi sodap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu